TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Kejam: kanak-kanak disyaki dera kucing, JPV Terengganu sahkan siasatan sedang dijalankan

By
|
Kongsi
image

Oleh AZIM SAID

DUNGUN 1 April – Penduduk di Dungun, Terengganu dikejutkan dengan satu rakaman penderaan haiwan yang tular di media sosial.

Susulan penularan video tersebut, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Terengganu dalam satu kenyataan media mengesahkan telah menerima sejumlah besar aduan daripada orang awam berhubung insiden berkenaan.

Menurut jabatan itu, pihaknya memandang serius kejadian tersebut kerana ia melibatkan perbuatan zalim terhadap haiwan dan merupakan satu pelanggaran undang-undang.

Siasatan kini sedang dijalankan secara menyeluruh di bawah peruntukan Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) bagi mengenal pasti dan mengambil tindakan terhadap pihak bertanggungjawab.

“Jabatan komited untuk memastikan siasatan dijalankan dengan telus dan menyeluruh bagi mengesan serta mendakwa pihak terlibat,” menurut kenyataan itu.

Dalam masa sama, pihak JPV Negeri Terengganu menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi.

Orang awam mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu juga digalakkan tampil bagi membantu siasatan.

Dalam rakaman video berdurasi 18 saat itu, seekor kucing dilihat diperlakukan dengan kejam apabila diikat dan diseret oleh seorang kanak-kanak dipercayai pelaku.

Manakala seorang lagi kanak-kanak dilihat menyepak dan memukul kepala kucing menggunakan selipar.

Insiden ini terus mengundang reaksi netizen, dengan ramai menggesa agar tindakan sewajarnya diambil.

Namun, ada segelintir netizen turut menyalahkan individu yang merakam kerana tidak bertindak menegur kanak-kanak tersebut.

“Tak tegur ke budak tu?, pastu sibuk pergi rakam jer, komen imanarif_.

Kes ini membuka mata banyak pihak tentang pentingnya peranan ibu bapa, sekolah dan masyarakat dalam membentuk nilai empati sejak kecil.

Tanpa didikan yang betul, tingkah laku agresif boleh berkembang menjadi masalah lebih serius pada masa hadapan.

+ - reset