TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Harga diesel cecah RM6.02, Hamzah bidas kenaikan cetus kesan rantaian beban rakyat

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 2 April – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan bahawa kenaikan berterusan harga diesel di Semenanjung akan mencetuskan kesan rantaian besar yang membebankan kehidupan rakyat.

Ahli Parlimen Larut itu membidas tindakan kerajaan selepas harga bahan api tersebut melonjak lagi sebanyak 50 sen hari ini menjadikan nilai semasa RM6.02 seliter iaitu paras tertinggi dalam sejarah negara.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau, Hamzah mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai keresahan rakyat yang terpaksa berhadapan dengan kenaikan berturut-turut dalam tempoh singkat.

Beliau menyatakan bahawa tuntutan agar rakyat terus memahami situasi ekonomi sukar diterima apabila harga diesel kini secara rasminya telah melepasi angka RM6 buat pertama kali.

Terdahulu, Kementerian Kewangan mengumumkan pelarasan harga tersebut bagi tempoh 2 April hingga 8 April ini manakala harga di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.

Kementerian menjelaskan bahawa krisis tenaga global yang melonjakkan harga minyak mentah Brent melebihi AS$100 setong serta kenaikan harga minyak yang diproses merupakan faktor utama tekanan terhadap harga runcit domestik.

Pihak pembangkang bagaimanapun melihat trend kenaikan ini sebagai ancaman kepada kos pengangkutan dan harga barangan keperluan yang akhirnya akan menghimpit golongan berpendapatan rendah di seluruh negara.

+ - reset