Berita Berita
Daripada 10 bulan, tempoh menunggu pengambilan graduan perubatan kini hanya dua bulan - KKM
KUALA LUMPUR 2 April – Kementerian Kesihatan (KKM) berjaya menambah baik tempoh menunggu bagi pengambilan graduan perubatan kepada hanya dua bulan, berbanding purata 10 bulan sebelum ini, sebagai usaha memperkukuh tenaga kerja sektor kesihatan awam negara.
Menurut Berita Harian, KKM memaklumkan langkah itu merupakan antara lima inisiatif utama yang dilaksanakan bagi mengekang pengambilan agresif tenaga perubatan oleh Singapura, yang kini dilihat semakin aktif menarik pakar dari Malaysia.
Dalam masa sama, kementerian menegaskan komitmen untuk memastikan proses pengambilan berjalan dalam tempoh munasabah, selagi graduan tidak melengahkan permohonan seperti yang ditetapkan.
Bagi inisiatif kedua, KKM memperkenalkan kaedah tawaran melalui Surat Tawaran Bersyarat (STB) kepada pelajar perubatan tahun akhir di institusi pengajian tinggi (IPT). Pendekatan ini membolehkan pelajar memohon penempatan sebagai Pegawai Perubatan Gred UD9 (Kontrak) sebaik sahaja disahkan layak bergraduasi oleh Senat universiti.
Menurut kementerian, kaedah yang dikendalikan Bahagian Sumber Manusia itu mampu mempercepatkan proses penempatan selain mengelakkan keciciran graduan yang gagal mendaftar selepas tamat pengajian.
Langkah lain termasuk pelaksanaan tempoh khidmat wajib selama dua tahun bagi pengamal perubatan berdaftar penuh sejurus tamat latihan siswazah, selaras dengan peruntukan Akta Perubatan 1971. Bagaimanapun, tempoh ikatan dengan agensi penaja adalah tertakluk kepada kontrak masing-masing.
KKM turut memperkemas proses permohonan sijil amalan melalui Majlis Perubatan Malaysia serta melaksanakan tapisan pengambilan Pegawai Perubatan Gred UD9 (Kontrak) sebanyak dua kali sebulan bagi memastikan kesinambungan pengambilan.
Mengulas isu kekurangan penyertaan, KKM menjelaskan terdapat sebahagian kecil graduan menangguhkan latihan siswazah atas pelbagai faktor termasuk belum mendapat kelulusan lesen amalan, persediaan pengajian kepakaran, komitmen kerja lain serta faktor kesihatan.
Sehubungan itu, jumlah pengambilan bagi setiap siri bergantung kepada bilangan permohonan diterima dan tidak mencerminkan kadar penolakan keseluruhan.
KKM juga menegaskan pengeluaran graduan perubatan berlaku sepanjang tahun mengikut kalendar akademik institusi, justeru pengambilan dilaksanakan enam kali setahun bagi membolehkan penempatan dibuat tanpa perlu menunggu tamat pengajian sepenuhnya.
Mengulas laporan terdahulu, kementerian menjelaskan angka 529 graduan yang melapor diri merujuk kepada siri pertama pengambilan sahaja, manakala kapasiti 5,000 yang dinyatakan adalah jumlah keseluruhan slot latihan siswazah di 48 hospital seluruh negara, bukan jawatan yang perlu diisi serentak.
Menurut rekod sejak 2016, pengambilan graduan perubatan untuk latihan siswazah di KKM kekal konsisten antara 3,000 hingga 6,000 orang setahun.
Berita berkaitan
April 2, 2026, 12:03 pm
Hukum rimba ganti kedaulatan undang-undang global, PM bidas sikap hipokrit kuasa besar
April 2, 2026, 11:47 am
Kifarah Langkah Kajang: Faekah Husin persoal kredibiliti Rafizi dan kepimpinan Anwar
April 2, 2026, 11:38 am
Mekanik maut rempuh van polis sedang membelok masuk stesen minyak
April 2, 2026, 11:26 am
Sin Sing Coffee nafi guna berus tidak halal, tegaskan status sijil masih sah
April 2, 2026, 11:26 am
MCMC siasat lima individu sebar maklumat palsu harga minyak di media sosial
April 2, 2026, 11:15 am
Zizi Kirana, Yusuf Bahrin sah bercerai talak satu secara baik
April 2, 2026, 10:48 am
Tiga beranak melecur, rumah terbakar 80 peratus di Tumpat
April 2, 2026, 8:51 am
Harga diesel cecah RM6.02, Hamzah bidas kenaikan cetus kesan rantaian beban rakyat
April 2, 2026, 8:30 am
