Berita Berita
Tiga beranak melecur, rumah terbakar 80 peratus di Tumpat
KOTA BHARU 2 April - Tiga beranak mengalami kecederaan akibat melecur dalam satu kebakaran yang memusnahkan sebahagian besar rumah mereka di Kampung Simpangan, Tumpat, petang semalam.
Dalam kejadian itu, seorang wanita, Sha’Adah Muhammad, 57, dilaporkan melecur sehingga 80 peratus pada anggota badan, manakala anak perempuannya, Nur Fariesya Syaila Mazelan, 15, mengalami melecur 10 peratus di bahagian muka.
Suaminya, Mazelan Daud, 64, pula hanya cedera ringan dengan kesan melecur kira-kira lima peratus di bahagian tangan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Zamri Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.56 petang.
Menurutnya, pasukan bomba yang tiba di lokasi kira-kira sembilan minit kemudian mendapati rumah separuh kekal berkenaan telah terbakar sehingga 80 peratus.
“Api berjaya dikawal dalam tempoh kira-kira 15 minit selepas operasi pemadaman dijalankan,” katanya.
Beliau berkata, semua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan lanjut.
Punca kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Berita berkaitan
April 2, 2026, 12:31 pm
Azam Baki enggan ulas isu lanjutan kontrak Ketua Pesuruhjaya SPRM
April 2, 2026, 12:19 pm
Anthony Loke ziarah balu mangsa rempuhan pemandu mabuk, sampaikan sumbangan peribadi
April 2, 2026, 12:03 pm
Hukum rimba ganti kedaulatan undang-undang global, PM bidas sikap hipokrit kuasa besar
April 2, 2026, 11:47 am
Kifarah Langkah Kajang: Faekah Husin persoal kredibiliti Rafizi dan kepimpinan Anwar
April 2, 2026, 11:38 am
Mekanik maut rempuh van polis sedang membelok masuk stesen minyak
April 2, 2026, 11:26 am
Sin Sing Coffee nafi guna berus tidak halal, tegaskan status sijil masih sah
April 2, 2026, 11:26 am
MCMC siasat lima individu sebar maklumat palsu harga minyak di media sosial
April 2, 2026, 11:15 am
