TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

(VIDEO) CCTV rakam budak Rohingya selamba mencuri di Machang, Kelantan

By
|
Kongsi
image

Oleh AZIM SAID

MACHANG, 2 April — Satu kejadian kecurian dilaporkan berlaku di sebuah rumah di kawasan perumahan Taman Desa Arif, Machang, Kelantan pada jam 12.21 tengah hari semalam.

KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO PENUH

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kanak-kanak dipercayai berbangsa Rohingya berada di kawasan luar rumah dan bertindak mengambil barangan sebelum beredar.

Pemilik rumah mendakwa kejadian tersebut bukan kali pertama berlaku, malah sebelum ini individu dipercayai turut merosakkan pokok bunga ibunya di halaman rumah.

Dalam perkembangan sama, pemilik rumah turut mendakwa telah bersemuka dengan keluarga individu yang disyaki.

Namun, mereka pada awalnya menafikan penglibatan sebelum rakaman CCTV ditunjukkan.

Pemilik rumah turut mendakwa polis pernah datang ke rumah kanak-kanak itu.

Tapi oleh kerana dokumen yang cukup dan lengkap, polis tidak boleh berbuat apa-apa.

“Dia masuk rumah pulak, tak serik budak ni.

“Nak buat macam mana yer bangsa ni,” kata pemilik rumah tersebut.

Perkongsian ini mendapat pelbagai reaksi warganet.

Pengguna media sosial, ahnaz8712, mempersoalkan tuan rumah yang memberi rumah sewa kepada warga asing.

“Tuan rumah mana yang bagi rumah sewa pada bangsa ni ya, geram jer aku,” komennya.

Terdapat pengguna lain, mamaxera berkata supaya terus membuat laporan kerana tindakan yang sudah melampau.

“Dokumen lengkap ker apa kalau dah buat jenayah bagi ke dalam jer,” katanya.

Insiden ini menimbulkan rasa tidak selamat dalam kalangan penduduk, dengan ramai menyeru agar langkah keselamatan dipertingkatkan serta pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.

Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berwaspada dan segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak polis.

+ - reset