TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis mohon bantuan orang ramai kesan remaja hilang selepas tinggalkan rumah di Hulu Kelang

By
|
Kongsi
image

 

AMPANG 3 April – Polis sedang giat mengesan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang selepas dipercayai meninggalkan rumahnya di Kampung Pasir, Hulu Kelang di sini susulan perselisihan faham dengan keluarga.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Khairul Anuar Khalid berkata, kehilangan remaja itu disedari bapanya kira-kira jam 6.40 petang, Khamis.

Menurut beliau, remaja berkenaan dikenali sebagai Muhammad Khalif Mohd Redzuan, dengan ketinggian 176 sentimeter dan berat badan sekitar 55 kilogram.

“Mohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut untuk tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau terus menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di talian 03-42897222.

“Maklumat juga boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Sarjan Azamil Makmor di talian 019-6004104,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambahnya, orang awam khususnya ibu bapa dan penjaga dinasihatkan agar sentiasa memantau pergerakan anak-anak serta tidak membiarkan mereka bersendirian tanpa pengawasan.

“Segera hubungi pihak polis atau talian kecemasan MERS 999 sekiranya memerlukan bantuan,” ujarnya.

+ - reset