Berita Berita
Empat sekeluarga termasuk ibu kandung didakwa bunuh budak perempuan di Taiping
TAIPING 3 April – Seorang wanita bersama tiga ahli keluarganya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang juga anak kandungnya, minggu lalu.
Tertuduh, M Savathri, 28, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret R Prabakaran, namun tiada pengakuan direkodkan.
Turut didakwa ialah suaminya, M Satis Kumar, 27, yang merupakan bapa tiri mangsa, serta ibu bapanya, SC Veeraletchumi, 53, dan M Murali, 49.
Mengikut pertuduhan, keempat-empat tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian mangsa, Thanavitha, di sebuah rumah di Taman Sungai Mas, Taiping dalam daerah Larut, Matang dan Selama pada waktu pagi, 26 Mac 2026.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun dan, jika tidak dihukum mati, hendaklah dikenakan tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farihah Adilah Fazial, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.
Prosiding turut dihadiri tiga peguam pemerhati yang mewakili keluarga mangsa iaitu Dinesh Muthal, Devanisan Ganesan dan Low Tze Ken.
Mahkamah menetapkan 15 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan forensik, bedah siasat dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Sebelum ini, mangsa dilaporkan dibawa ke Hospital Taiping dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.
Pemeriksaan lanjut menemui beberapa kesan kecederaan mencurigakan pada tubuh mangsa, manakala bedah siasat mengesahkan punca kematian adalah akibat kecederaan di bahagian kepala dan leher disebabkan trauma tumpul.
Berita berkaitan
April 3, 2026, 4:25 pm
Pemandu mabuk dipenjara 7 hari, didenda RM10,000
April 3, 2026, 3:09 pm
Polis mohon bantuan orang ramai kesan remaja hilang selepas tinggalkan rumah di Hulu Kelang
April 3, 2026, 1:52 pm
Balu, anak mangsa 'rider' terima pencen PERKESO selepas tragedi dirempuh pemandu mabuk
April 3, 2026, 12:33 pm
Subsidi nelayan RM1.65 seliter masih mencukupi, tidak wajar dipertikaikan – Pengerusi LKIM
April 3, 2026, 12:15 pm
Trump raikan serangan jambatan Iran, beri amaran 'lebih banyak akan menyusul'
April 3, 2026, 12:14 pm
Trump pecat Peguam Negara Pam Bondi, lantik bekas peguam peribadi jadi pemangku
April 3, 2026, 12:10 pm
