TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Tak hormat tempat ibadah, individu selamba curi duit tabung surau di Setiu, Terengganu.

By
|
Kongsi
image

SETIU 3 April – Sebuah surau di Putera Jaya, Setiu, Terengganu dipercayai menjadi sasaran kecurian awal pagi tadi apabila seorang individu bertindak mencuri wang daripada tabung masjid.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek dilihat mengumpil mangga tabung masjid dan mengambil wang daripada tabung tersebut.

“Orang pergi surau cari pahala, dia cari duit dalam tabung.

“Takkan nak tunggu Allah SWT balas segera, bertaubatlah,” menurut hantaran itu.

Rakaman turut menunjukkan suspek bergerak secara bersendirian dan dilihat keluar dari kawasan surau tidak lama kemudian.

Insiden tersebut mengundang kemarahan orang ramai yang menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak menghormati tempat ibadah

Sehingga kini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut.

Orang awam yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan.

+ - reset