Berita Berita
Wartawan terkenal, Datuk Karam Singh Walia meninggal dunia pagi ini
KUALA LUMPUR 6 April - Wartawan penyiaran terkenal, Datuk Karam Singh Walia meninggal dunia pada 3.30 pagi tadi di kediamannya di Klang.
Perkara itu dimaklumkan oleh adiknya, Jasbant Singh yang juga Pengarang Urusan Kumpulan (GME), Berita dan Hal Ehwal Semasa, Media Prima Berhad.
Dilahirkan pada 1959 di Teluk Intan, Perak dalam keluarga bekas anggota polis berketurunan Punjabi Sikh, Karam Singh, 67, memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran di TV3 pada 1995 sebelum bersara pada 2014 berikutan masalah kesihatan.
Beliau yang dikenali sebagai antara wartawan alam sekitar paling berpengaruh di negara ini pernah memenangi Anugerah Seri Angkasa sebanyak dua kali serta Anugerah Institut Akhbar Malaysia (MPI) bagi kategori Wartawan Televisyen Alam Sekitar Terbaik selama empat tahun berturut-turut dari 2004 hingga 2007.
Mendiang merupakan antara rakan media yang menerima manfaat daripada Tabung Kasih @HAWANA pada Jun 2024.
Penolong Editor, Berita dan Ehwal Semasa TV3 Juliana Sharin berkata pemergian Karam Singh Walia akan terus dirasai rakan sejawat, yang menyifatkan mendiang sebagai figura yang memberikan inspirasi besar dalam dunia kewartawanan.
"Apabila berpeluang bekerja dalam satu pasukan 'Aduan Rakyat', ia menjadi satu kebanggaan buat saya, dan pastinya ruang untuk belajar daripada beliau. Suaranya tegas memperjuangkan kebenaran, namun hari ini, suara itu telah pergi.
"Karam Singh Walia bukan sekadar wartawan. Beliau ialah suara rakyat dan alam kerana dia tidak hanya melaporkan berita, tetapi mengubah cara kita melihat dunia. Perginya dirasai, namun legasinya kekal abadi," katanya.
Sementara itu, penyampai berita TV3 Nur Jamalina Mohamad Jamali berkata walaupun tidak pernah bekerja rapat dengan mendiang, beliau amat mengenali pendekatan serta sumbangan Karam Singh sepanjang kerjayanya.
Beliau berkata Karam Singh dikenali menerusi laporan kewartawanan alam sekitar yang konsisten dengan memberikan tumpuan terhadap isu pencemaran sungai, pembuangan haram dan penebangan hutan. - Bernama
Berita berkaitan
April 6, 2026, 2:03 pm
Istana Johor sambut puteri sulung Tunku Ismail, cucunda ketujuh Yang di-Pertuan Agong
April 6, 2026, 1:52 pm
Koperal tentera mengaku tidak bersalah cederakan tujuh rakan setugas
April 6, 2026, 1:42 pm
Polis cari penuntut IKM Pekan hilang sejak 30 Mac, bapa bimbang anak gagal dikesan
April 6, 2026, 1:37 pm
Cuai sebabkan kematian bayi Qaseh Aulia, bekas pengasuh dipenjara 5 tahun
April 6, 2026, 1:33 pm
PM hargai jasa Karam Singh Walia angkat isu alam sekitar, zahir takziah buat keluarga
April 6, 2026, 1:32 pm
Perunding, bekas pengerusi kuil didakwa guna invois palsu RM50,000
April 6, 2026, 12:47 pm
Lelaki 10 anak didenda RM8,000 kemuka maklumat palsu mohon kewarganegaraan anak
April 6, 2026, 12:38 pm
Anak Tun Daim hadir beri keterangan di ibu pejabat SPRM
April 6, 2026, 12:08 pm
