TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Rakyat mahu PN mentadbir kerajaan semula - Peja

By
|
Kongsi
image

 

SUNGAI SIPUT 6 April - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak mendakwa sentimen semasa rakyat di negeri ini menunjukkan kecenderungan ke arah perubahan kerajaan pada pilihan raya akan datang.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, situasi itu bukan sahaja berlaku di Perak, malah turut dirasai di seluruh negara apabila rakyat didakwa semakin terbuka untuk memberi peluang kepada Perikatan Nasional (PN) mentadbir semula.

Menurut beliau, antara faktor yang mendorong rasa tidak puas hati rakyat termasuk kerjasama antara parti dalam kerajaan sedia ada yang dikatakan tidak disenangi sebahagian pengundi.

“Saya mendapati bahawa golongan rakyat begitu bersedia untuk menukar kerajaan lebih-lebih lagi di negeri Perak ini kerana amat tidak bersetuju terutamanya sekali dengan hubungan rapat di antara UMNO dan DAP serta beberapa tindakan yang dilihat melukakan hati, khususnya dalam kalangan pengundi Melayu.

“Malah, apabila dasar yang dilihat kurang mesra perniagaan, ia turut menyebabkan sebahagian pengundi daripada golongan Tionghua beralih arah,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersatu Negeri Perak bersama Bersatu Bahagian Sungai Siput yang berlangsung di Pusat Konvensyen Tun Samy Vellu, di sini, pada Ahad.

Turut hadir, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Idris Ahmad serta pimpinan parti komponen Perikatan Nasional termasuk wakil Pas dan Gerakan.

Mengulas lanjut, Ahmad Faizal berkata, PN berpotensi mencipta kejutan sekiranya kerjasama antara parti komponennya terus diperkukuh menjelang pilihan raya umum akan datang.

Katanya, kekuatan jentera parti serta sokongan akar umbi akan menjadi antara faktor penentu dalam usaha menawan semula Perak.

Sehubungan itu, beliau menegaskan tumpuan kini diberikan kepada usaha memperkukuh hubungan dan kesepaduan antara parti-parti dalam gabungan PN.

+ - reset