TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Rempuh pagar dengan lori, polis buru kumpulan lelaki ceroboh pusat hiburan di Cheras

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 6 April - Polis sedang memburu sekumpulan lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian khianat dan rusuhan di sebuah pusat hiburan di Cheras, di sini, hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 7.30 malam.

Menurut beliau, insiden berkenaan dipercayai berlaku lebih awal iaitu sekitar jam 1.30 tengah hari apabila sekumpulan lelaki bertindak merempuh pintu pagar premis menggunakan sebuah lori sebelum menceroboh masuk ke dalam bangunan tersebut.

“Mereka kemudian memasuki premis dan melakukan perbuatan khianat dengan merosakkan pelbagai barangan di dalam pusat hiburan itu.

“Susulan kejadian, polis kini giat mengesan semua individu yang terlibat bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat serta Seksyen 148 kanun sama kerana merusuh menggunakan senjata.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

+ - reset