Berita Berita
'Ikon pantun Buletin TV3' – Fahmi Fadzil zahir takziah atas pemergian Karam Singh Walia
KUALA LUMPUR 6 April – Dunia kewartawanan tanah air hari ini kehilangan sebutir bintang dengan pemergian wartawan penyiaran dan alam sekitar tersohor, Datuk Karam Singh Walia, yang meninggal dunia awal pagi tadi.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menzahirkan rasa hiba atas kehilangan tersebut dan menyifatkan mendiang sebagai seorang tokoh yang meninggalkan kesan mendalam dalam sanubari rakyat Malaysia melalui gaya penyampaian beritanya yang unik.
Beliau berkata, identiti mendiang yang sering mengakhiri setiap laporan berita dengan bait-bait pantun sindiran yang tajam akan terus kekal dalam ingatan penonton, khususnya bagi peminat setia Buletin TV3 dari era 90-an sehingga 2014.
"Sesiapa sahaja yang menonton Buletin TV3 pasti cukup mengenali penampilan beliau yang begitu sinonim dengan pantun bagi mengakhiri setiap laporan... satu identiti unik yang kekal dalam ingatan ramai. Saya juga antara yang setia mengikuti laporan beliau dan amat menghargai dedikasi serta sumbangannya," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Fahmi turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang, termasuk adik beliau yang juga Pengarang Urusan Berita dan Hal Ehwal Semasa Media Prima, Jasbant Singh.
Karam Singh Walia, yang cukup dikenali dengan kelantangannya dalam membangkitkan isu-isu pencerobohan alam sekitar dan kebajikan masyarakat, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Klang, Selangor, kira-kira jam 3.30 pagi tadi.
Sepanjang kerjayanya, mendiang sering menjadi rujukan dalam laporan penyiasatan alam sekitar dan dianggap sebagai perintis kepada gaya kewartawanan yang dekat di hati rakyat menerusi penggunaan bahasa sastera yang mudah difahami namun berkesan.
Berita berkaitan
April 6, 2026, 2:03 pm
Istana Johor sambut puteri sulung Tunku Ismail, cucunda ketujuh Yang di-Pertuan Agong
April 6, 2026, 1:52 pm
Koperal tentera mengaku tidak bersalah cederakan tujuh rakan setugas
April 6, 2026, 1:42 pm
Polis cari penuntut IKM Pekan hilang sejak 30 Mac, bapa bimbang anak gagal dikesan
April 6, 2026, 1:37 pm
Cuai sebabkan kematian bayi Qaseh Aulia, bekas pengasuh dipenjara 5 tahun
April 6, 2026, 1:33 pm
PM hargai jasa Karam Singh Walia angkat isu alam sekitar, zahir takziah buat keluarga
April 6, 2026, 1:32 pm
Perunding, bekas pengerusi kuil didakwa guna invois palsu RM50,000
April 6, 2026, 12:47 pm
Lelaki 10 anak didenda RM8,000 kemuka maklumat palsu mohon kewarganegaraan anak
April 6, 2026, 12:38 pm
Anak Tun Daim hadir beri keterangan di ibu pejabat SPRM
April 6, 2026, 12:08 pm
