Berita Berita
Pemandu lawan arus di Jalan Klang Lama ditahan
KUALA LUMPUR 6 April – Pemandu yang dikesan memandu secara melawan arus di Jalan Klang Lama semalam telah ditahan pihak polis selepas suspek hadir menyerah diri di Pejabat Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, malam tadi.
Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa memaklumkan, suspek hadir ke pejabat berkenaan kira-kira jam 8.35 malam selepas pihak polis gagal mengesannya di beberapa alamat kediaman termasuk rumah keluarga suspek sebelum ini.
Hasil ujian saringan pernafasan (EBA) dan air kencing yang dijalankan mendapati suspek negatif daripada pengaruh alkohol mahupun dadah.
"Siasatan awal mendapati punca utama suspek memandu secara melawan arus sejauh kira-kira 500 meter itu adalah kerana tersalah jalan ketika dalam perjalanan menuju ke Mid Valley," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga boleh mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
Suspek dijadualkan dituduh di Mahkamah Jalan Duta pada jam 9.00 pagi ini bagi mempertanggungjawabkan tindakannya itu.
Terdahulu, tular satu rakaman video memaparkan sebuah kenderaan memandu melawan arus dari persimpangan Jalan Klang Lama/Jalan Sepadu sehingga ke persimpangan Jalan Kuchai Lama pada jam 9.44 pagi semalam, yang mencetuskan kebimbangan orang ramai mengenai keselamatan jalan raya.
Berita berkaitan
April 6, 2026, 2:03 pm
Istana Johor sambut puteri sulung Tunku Ismail, cucunda ketujuh Yang di-Pertuan Agong
April 6, 2026, 1:52 pm
Koperal tentera mengaku tidak bersalah cederakan tujuh rakan setugas
April 6, 2026, 1:42 pm
Polis cari penuntut IKM Pekan hilang sejak 30 Mac, bapa bimbang anak gagal dikesan
April 6, 2026, 1:37 pm
Cuai sebabkan kematian bayi Qaseh Aulia, bekas pengasuh dipenjara 5 tahun
April 6, 2026, 1:33 pm
PM hargai jasa Karam Singh Walia angkat isu alam sekitar, zahir takziah buat keluarga
April 6, 2026, 1:32 pm
Perunding, bekas pengerusi kuil didakwa guna invois palsu RM50,000
April 6, 2026, 12:47 pm
Lelaki 10 anak didenda RM8,000 kemuka maklumat palsu mohon kewarganegaraan anak
April 6, 2026, 12:38 pm
Anak Tun Daim hadir beri keterangan di ibu pejabat SPRM
April 6, 2026, 12:08 pm
