Berita Berita
Imigresen Kedah tahan 21 warga asing dalam Ops Kutip di pusat beli-belah Sungai Petani
ALOR SETAR 6 April – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah berjaya menahan 21 warga asing dalam satu operasi khas 'Ops Kutip' yang dijalankan di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Sungai Petani, semalam.
Dalam operasi yang bermula kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, seramai 127 warga asing telah diperiksa dan hasil saringan mendapati 21 daripada mereka melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
Kenyataan JIM Kedah memaklumkan, sebahagian warga asing tersebut cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pegawai operasi, namun cubaan mereka gagal selepas kawasan berkenaan terlebih dahulu dikepung rapat oleh anggota penguat kuasa.
"Semua mereka ditahan kerana gagal mengemukakan pas atau permit yang sah untuk berada di negara ini. Operasi ini dijalankan susulan aduan masyarakat mengenai kehadiran warga asing yang menimbulkan ketidakselesaan penduduk setempat, terutamanya pada hujung minggu," menurut kenyataan itu hari ini.
Pemilihan lokasi tersebut dilakukan berdasarkan pemantauan terhadap tumpuan warga asing di kawasan tumpuan awam yang dilaporkan semakin meningkat sehingga mencetuskan keresahan orang ramai.
Kesemua tahanan dibawa ke pejabat Imigresen untuk tindakan lanjut dan siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti majikan atau pihak yang melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI) berkenaan.
Berita berkaitan
April 6, 2026, 2:03 pm
Istana Johor sambut puteri sulung Tunku Ismail, cucunda ketujuh Yang di-Pertuan Agong
April 6, 2026, 1:52 pm
Koperal tentera mengaku tidak bersalah cederakan tujuh rakan setugas
April 6, 2026, 1:42 pm
Polis cari penuntut IKM Pekan hilang sejak 30 Mac, bapa bimbang anak gagal dikesan
April 6, 2026, 1:37 pm
Cuai sebabkan kematian bayi Qaseh Aulia, bekas pengasuh dipenjara 5 tahun
April 6, 2026, 1:33 pm
PM hargai jasa Karam Singh Walia angkat isu alam sekitar, zahir takziah buat keluarga
April 6, 2026, 1:32 pm
Perunding, bekas pengerusi kuil didakwa guna invois palsu RM50,000
April 6, 2026, 12:47 pm
Lelaki 10 anak didenda RM8,000 kemuka maklumat palsu mohon kewarganegaraan anak
April 6, 2026, 12:38 pm
Anak Tun Daim hadir beri keterangan di ibu pejabat SPRM
April 6, 2026, 12:08 pm
