Berita Viral
(VIDEO) Rakaman dashcam dedah aksi bahaya penunggang lawan arus Lebuhraya Karak
Oleh AZIM SAID
KARAK, 6 April 2026 — Satu video aksi berbahaya tular melibatkan seorang penunggang motosikal melawan arus di Lebuhraya Karak berhampiran susur keluar Genting Highlands, Khamis lalu jam 2.30 petang.
KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO PENUH
Menurut rakaman kamera papan pemuka (dashcam), motosikal tersebut hampir bertembung dengan Volkswagen berwarna putih yang dipercayai milik pemilik hantaran tersebut.
Menurut mangsa, gesekan yang berlaku antara motosikal dan kereta tersebut menyebabkan calar pada badan kereta.dan pecah pada cermin sisi.
“Semoga kau sentiasa diselubungi rasa bersalah seumur hidup, menyusahkan orang,” katanya.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Seorang pengguna media sosial, ipppaaan, mendakwa individu sama pernah terlibat dalam insiden sebelum ini sehingga menyebabkan kesesakan.
“Ingat dah kena tangkap tapi ada lagi eh, sekarang dah cuba melawan arus pula,” komennya.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa mengenai kejadian tersebut.
Namun, orang ramai berharap tindakan tegas dapat diambil bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya terjamin.
Orang awam turut menasihatkan pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut.
Orang awam diminta menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mempunyai sebarang maklumat lanjut berhubung kejadian ini.
Berita berkaitan
May 20, 2026, 6:16 pm
'Dah jerit pun tak jalan' - Geng curi kabel 'buat kerja' depan penduduk di Semenyih
May 20, 2026, 5:34 pm
Warga asing 'naik tocang', selamba buka meja makan di kawasan zon sita DBKL
May 7, 2026, 6:09 pm
