Berita Jenayah
Dua samun bersenjata dalam 24 jam di Nilai, polis buru lima lelaki
NILAI 10 April – Dua kejadian samun bersenjata dilaporkan berlaku dalam tempoh kurang 24 jam di sekitar Bandar Baru Nilai dan Rumah Rakyat Nilai, semalam.
Ketua Polis Daerah Nilai, Johari Yahya berkata, kedua-dua kejadian melibatkan suspek bermotosikal yang bersenjatakan pisau dan parang.
Menurutnya, kejadian pertama berlaku kira-kira jam 1.10 pagi di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Jalan BBN 1/2F, Bandar Baru Nilai.
“Siasatan awal mendapati dua lelaki tidak dikenali menaiki sebuah motosikal, dengan seorang daripadanya bersenjatakan pisau,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, suspek mengugut mangsa lelaki berusia 20-an sebelum melarikan wang tunai kira-kira RM600 serta beberapa karton rokok pelbagai jenama.
Sementara itu, kejadian kedua dilaporkan berlaku pada jam 9.48 malam di kawasan Rumah Rakyat Nilai, membabitkan seorang wanita berusia 50-an.
“Dalam kejadian ini, tiga lelaki tidak dikenali menaiki dua motosikal dan bersenjatakan parang bertindak mengugut mangsa sebelum melarikan wang tunai, kad bank serta barang kemas,” katanya.
Mangsa turut mengalami kecederaan ringan pada jari tangan ketika cuba mempertahankan begnya, dengan kerugian dianggarkan melebihi RM2,000.
Kedua-dua kes kini disiasat mengikut Seksyen 395/397 serta Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 9:44 am
Buat aksi 'superman' ke perhimpunan RXZ Members 8.0, penunggang Singapura ditahan
July 30, 2026, 2:11 pm
Mudir madrasah didakwa tiga pertuduhan amang seksual murid lelaki di Tumpat
July 29, 2026, 10:39 am
Dua pemandu bas ekspres ditahan, sorok syabu di tempat duduk
July 28, 2026, 9:10 am
Warga asing dakwa diperas polis rupanya 'scammer' dikehendaki Interpol
July 27, 2026, 7:22 pm
Nyaris maut ditembak lelaki bertopeng lepas beli telur di Simpang Ampat
July 26, 2026, 9:36 am
Polis tahan lelaki disyaki serang, ugut penguat kuasa MBI
July 25, 2026, 3:21 pm
Lelaki ditahan disyaki hina Islam di Facebook
July 25, 2026, 9:45 am
Dua remaja ditemui maut di Flat Sungai Pari
July 24, 2026, 9:04 am
