Berita Jenayah
Polis nasihat orang ramai berhati-hati, banduan Pakistan kesalahan rogol, liwat lari dari Penjara Sungai Buloh
SUNGAI BULOH 10 April – Polis sedang giat memburu seorang tahanan warga Pakistan yang melarikan diri dari Penjara Sungai Buloh, semalam.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu sebelum operasi mengesan suspek segera dilancarkan.
Menurutnya, tahanan dikenali sebagai Muhammad Hassan, 24, berdepan beberapa pertuduhan termasuk di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana kesalahan liwat, Seksyen 392 kanun sama bagi kesalahan merompak serta kesalahan imigresen.
“Banduan tersebut kali terakhir dilihat memakai kemeja-T berwarna oren dan berseluar panjang hitam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut menasihatkan orang awam agar meningkatkan kewaspadaan kerana suspek mempunyai rekod kesalahan seksual melibatkan kanak-kanak.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Muhendran Chandra di talian 010-4304383 atau Inspektor Azamuddin di 016-5661597.
Maklumat juga boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di talian 03-61561222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Dalam pada itu, orang awam diingatkan supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau membuat spekulasi yang boleh menjejaskan operasi polis serta mencetuskan kegusaran masyarakat.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 9:44 am
Buat aksi 'superman' ke perhimpunan RXZ Members 8.0, penunggang Singapura ditahan
July 30, 2026, 2:11 pm
Mudir madrasah didakwa tiga pertuduhan amang seksual murid lelaki di Tumpat
July 29, 2026, 10:39 am
Dua pemandu bas ekspres ditahan, sorok syabu di tempat duduk
July 28, 2026, 9:10 am
Warga asing dakwa diperas polis rupanya 'scammer' dikehendaki Interpol
July 27, 2026, 7:22 pm
Nyaris maut ditembak lelaki bertopeng lepas beli telur di Simpang Ampat
July 26, 2026, 9:36 am
Polis tahan lelaki disyaki serang, ugut penguat kuasa MBI
July 25, 2026, 3:21 pm
Lelaki ditahan disyaki hina Islam di Facebook
July 25, 2026, 9:45 am
Dua remaja ditemui maut di Flat Sungai Pari
July 24, 2026, 9:04 am
