Berita Jenayah
Pemandu Myvi mabuk rempuh motosikal bawa kanak-kanak di Johor Bahru
JOHOR BAHRU 10 April – Seorang operator kilang berusia 35 tahun ditahan selepas memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kemalangan melibatkan seorang lelaki dan kanak-kanak berusia enam tahun di Jalan Dato Jaafar, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi dan motosikal jenis Yamaha Ego Avantis.
Siasatan mendapati mangsa yang menunggang motosikal bersama pembonceng kanak-kanak itu dalam perjalanan pulang ke rumah di Larkin Residen Apartment selepas mengambil kanak-kanak berkenaan dari Tabika Kemas, Majidee.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu suspek merempuh bahagian belakang motosikal mangsa menyebabkan kedua-dua mangsa jatuh di tengah jalan dan mengalami kecederaan.
"Penunggang motosikal mengalami luka pada kaki dan tangan, manakala kanak-kanak terbabit lebam di kepala serta luka pada anggota badan dan kini dirawat di Zon Kuning KPJ Puteri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hasil ujian saringan alkohol mendapati pemandu kereta tersebut positif dengan bacaan 214mg/100ml, iaitu melebihi had yang ditetapkan, manakala ujian saringan air kencing adalah negatif.
Raub memaklumkan pemandu tersebut tidak mengalami kecederaan dan permohonan reman dibuat hari ini di Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 44 (1A)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pihak polis menegaskan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol kerana perbuatan tersebut mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
Berita berkaitan
June 15, 2026, 2:03 pm
Lubuk judi residensi mewah tumpas, polis tahan 15 individu dan rampas kokain
June 15, 2026, 10:12 am
Saling kenal dari sekolah sama, polis siasat kes pergaduhan dua pelajar di padang bola masjid
June 14, 2026, 12:46 pm
Kanak-kanak dua tahun didera bapa tiri, suspek dicekup depan hospital
June 11, 2026, 4:48 pm
Hanya kerana hon, penunggang motosikal ditetak dengan pisau pemotong daging
June 9, 2026, 8:01 pm
Buat 'wheelie' di ibu kota: Polis berkas empat remaja susulan video tular
June 3, 2026, 1:29 pm
Pekerja dalang samun kedai serbaneka ditahan akibat tertinggal selipar
June 2, 2026, 3:10 pm
Padah tunjuk aksi ‘wheelie’ dalam video tular, dua penunggang bersama pembonceng dicekup
May 30, 2026, 11:09 am
Pemandu Myvi tiada lesen, cukai jalan tamat tempoh rempuh operator wanita di Danga Bay
May 25, 2026, 8:23 pm
