TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pesara warga emas ditahan JAINJ ketika beli nombor ekor 'ong' di Kluang

By
|
Kongsi
image

KLUANG 10 April – Seorang pesara swasta berusia 65 tahun berdepan detik malang apabila ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sewaktu sedang membeli nombor ekor di sebuah premis perjudian di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, sepasukan anggota penguat kuasa yang berpakaian biasa sedang melakukan rondaan sebelum mengesan suspek sedang berurusan di kaunter premis berkenaan.

Menurut kenyataan JAINJ, warga emas terbabit cuba melarikan diri dengan tergesa-gesa sejurus menyedari kehadiran pihak berkuasa, namun berjaya dipintas oleh tiga anggota penguat kuasa yang mengepung lokasi tersebut.

Hasil pemeriksaan mendapati lelaki yang sudah mempunyai cucu itu memiliki satu slip pertaruhan bernilai RM8 yang dibelinya atas alasan mahu mencuba nasib.

"Ketika disoal, suspek mendakwa membeli nombor tersebut kerana menerima 'nombor ada ong' daripada seorang kenalan dan bimbang terlepas peluang sekiranya angka tersebut memenangi hadiah," kata kenyataan itu lagi.

JAINJ secara berseloroh mengulas bahawa tindakan suspek membeli nombor dengan harga RM8 kerana percaya angka lapan membawa tuah akhirnya memakan diri apabila dia ditangkap sebelum sempat mengetahui keputusan pertaruhan tersebut.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 18 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah kerana berjudi yang membawa hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

+ - reset