Berita Berita
Anwar Ibrahim zahir duka atas pemergian Kamal Kharazi, sifatkan sebagai sahabat akrab
KUALA LUMPUR 10 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita yang mendalam atas pemergian bekas Menteri Luar Iran, Dr. Kamal Kharazi, yang dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan daripada serangan yang disifatkan beliau sebagai serangan pengganas Zionis.
Menerusi satu kenyataan hari ini, Anwar menyifatkan Dr. Kamal sebagai seorang diplomat yang luar biasa dan sahabat peribadi yang sangat dihargai.
"Saya mula mengenali Dr. Kharazi ketika beliau berkhidmat sebagai utusan Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, dan persahabatan kami berterusan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau yang cemerlang sebagai Menteri Luar," katanya.
Beliau turut menyifatkan Allahyarham sebagai seorang tokoh yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas serta memiliki keperibadian yang hangat, sentiasa bertimbang rasa, dan berbudi bahasa.
"Dunia telah kehilangan seorang diplomat yang hebat dan saya sendiri kehilangan seorang rakan karib. Takziah tulus ikhlas saya ucapkan kepada keluarga beliau dan seluruh rakyat Iran," tambah Anwar.
Tegas Perdana Menteri, pemergian tokoh berkenaan merupakan peringatan tentang kesan ngeri akibat konflik yang sedang berlaku dan mengulangi gesaan agar peperangan tersebut dihentikan dengan segera.
Berita berkaitan
April 10, 2026, 6:49 pm
Hannah Yeoh cadang orang ramai masuk KL lebih awal kurangkan sesak waktu puncak
April 10, 2026, 5:29 pm
Polis sahkan pegawai berpangkat DSP ditahan disyaki dalang kes samun RM4.4 juta
April 10, 2026, 5:14 pm
Enam kapal Malaysia 'lepas' Selat Hormuz, bekalan minyak terkawal - PM
April 10, 2026, 2:34 pm
KKM pertimbang naikkan elaun jururawat elak hijrah ke luar negara
April 10, 2026, 2:08 pm
Lelaki didakwa rotan anak hingga berbirat kerana curi duit ibu RM30 mahu beli mercun
April 10, 2026, 12:16 pm
