Berita Berita
KKM pertimbang naikkan elaun jururawat elak hijrah ke luar negara
PUTRAJAYA 10 April – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mempertimbang untuk menaikkan upah atau elaun jururawat bagi menangani fenomena ‘perang gaji’ dan mengelakkan penghijrahan ke luar negara.
Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad berkata, selain menambah pengambilan jururawat, langkah meningkatkan elaun termasuk ‘post-basic’ akan diberi perhatian dalam Program Kejururawatan.
Beliau berkata, negara jiran menawarkan remunerasi lebih tinggi, justeru tindakan segera perlu diambil bagi memastikan tenaga kerja tempatan kekal.
Namun, katanya, penyelesaian isu itu memerlukan masa sekurang-kurangnya tiga tahun untuk melahirkan satu kohort graduan baharu.
Terdahulu, beliau berucap pada Sambutan Hari Pendengaran Sedunia 2026 Peringkat Kebangsaan di Putrajaya.
Media sebelum ini melaporkan kajian MBSB Research mendapati kadar kekosongan jawatan jururawat di Malaysia kini berada pada tahap kritikal antara 15 hingga 18 peratus.
Kekurangan itu mendorong hospital swasta bersaing secara agresif melalui kenaikan gaji dan insentif bagi mengekalkan kakitangan.
Dzulkefly mengakui isu kekurangan jururawat adalah masalah legasi, termasuk kesan moratorium dan penutupan beberapa Institut Latihan KKM sebelum ini.
Menurutnya, kekurangan itu melibatkan jururawat berkepakaran ‘post-basic’ serta jururawat am di sektor awam dan swasta.
Katanya, perbincangan sedang dijalankan bersama pihak berkepentingan termasuk sektor swasta bagi menangani aliran keluar jururawat secara menyeluruh.
Berita berkaitan
April 10, 2026, 6:49 pm
Hannah Yeoh cadang orang ramai masuk KL lebih awal kurangkan sesak waktu puncak
April 10, 2026, 5:29 pm
Polis sahkan pegawai berpangkat DSP ditahan disyaki dalang kes samun RM4.4 juta
April 10, 2026, 5:14 pm
Enam kapal Malaysia 'lepas' Selat Hormuz, bekalan minyak terkawal - PM
April 10, 2026, 2:08 pm
Lelaki didakwa rotan anak hingga berbirat kerana curi duit ibu RM30 mahu beli mercun
April 10, 2026, 12:27 pm
Anwar Ibrahim zahir duka atas pemergian Kamal Kharazi, sifatkan sebagai sahabat akrab
April 10, 2026, 12:16 pm
