Berita Berita
Lelaki didakwa rotan anak hingga berbirat kerana curi duit ibu RM30 mahu beli mercun
BATU PAHAT 10 April – Seorang bekas penjaga stor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan mencederakan anak tiri lelaki berusia 11 tahun dengan merotan.
Menurut laporan Harian Metro, tertuduh berusia 28 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh.
Mengikut pertuduhan, lelaki yang juga bapa kepada empat anak itu didakwa sebagai individu yang mempunyai pemeliharaan telah mengabaikan kanak-kanak berkenaan sehingga menyebabkan kecederaan.
Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah rumah di Tongkang Pechah pada jam 11 malam, 15 Mac lalu.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Berdasarkan fakta kes, kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa mencuri wang ibunya berjumlah RM30 serta menggunakan telefon bimbit untuk membeli permainan, sebelum tindakan itu mengundang kemarahan tertuduh.
Tertuduh kemudian bertindak merotan mangsa sehingga berbirat, dengan kejadian turut disaksikan ibu mangsa.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Natasha Syed Ahmad manakala tertuduh diwakili peguam Siti Farha Garieb dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin serta perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap awal bulan.
Selain itu, tertuduh dilarang mendekati atau mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan, selain diarahkan tinggal berasingan.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menyerahkan pasport sehingga kes selesai.
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 8 Mei depan bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.
Berita berkaitan
April 10, 2026, 6:49 pm
Hannah Yeoh cadang orang ramai masuk KL lebih awal kurangkan sesak waktu puncak
April 10, 2026, 5:29 pm
Polis sahkan pegawai berpangkat DSP ditahan disyaki dalang kes samun RM4.4 juta
April 10, 2026, 5:14 pm
Enam kapal Malaysia 'lepas' Selat Hormuz, bekalan minyak terkawal - PM
April 10, 2026, 2:34 pm
KKM pertimbang naikkan elaun jururawat elak hijrah ke luar negara
April 10, 2026, 12:27 pm
Anwar Ibrahim zahir duka atas pemergian Kamal Kharazi, sifatkan sebagai sahabat akrab
April 10, 2026, 12:16 pm
