TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Enam kapal Malaysia 'lepas' Selat Hormuz, bekalan minyak terkawal - PM

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 10 April - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan enam daripada tujuh kapal Malaysia sudah mendapat kelulusan dan menunggu giliran untuk belayar melepasi Selat Hormuz membawa bekalan minyak mentah ke negara ini.

Perdana Menteri berkata, sebuah lagi kapal sudah keluar membawa bekalan terbabit, justeru bekalan minyak untuk bulan ini dan Mei dijangka berada dalam keadaan yang terkawal.

"Tan Sri Tengku Muhammad Taufik (Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS) sebentar tadi memberitahu perkembangan mengenai kemudahan dan pengangkutan perjalanan kapal kita.

"Alhamdulillah semua terlepas... satu (kapal) sudah pun hampir sampai, satu sudah berlepas cuma satu kapal kita mengalami kerosakan yang tersadai di pelabuhan. Jadi yang enam lagi itu (sudah mendapat kelulusan) berjalan.

"Kita berharap bekalan minyak untuk April dan Mei itu nampak masih dalam keadaan yang sangat terkawal," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurussaadah, Cheras Baru, di sini hari ini.

+ - reset