Berita Jenayah
Polis cari lelaki menyamar jadi kakitangan semakan sebelum 'rembat' telefon bimbit pekerja Dunkin Donut di Setia Alam
Oleh AZRUL RADI
SHAH ALAM 14 April – Pihak polis sedang giat mengesan seorang lelaki yang menggunakan taktik penyamaran bagi melarikan telefon bimbit milik seorang pekerja premis makanan di Lotus’s Setia Alam, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada jam 5.03 petang daripada seorang wanita berusia 20-an yang merupakan pekerja di cawangan Dunkin Donut.
Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), suspek lelaki itu telah datang ke premis berkenaan dan berpura-pura bertanyakan beberapa soalan kononnya untuk membuat semakan terhadap kakitangan di cawangan tersebut.
Suspek kemudian menggunakan taktik meminjam telefon bimbit mangsa dengan alasan mahu membuat catatan berkaitan semakan tersebut, namun terus menghilangkan diri bersama peranti berkenaan sejurus selepas ia diserahkan.
Kes kini sedang dikendalikan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Shah Alam di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebat serta denda jika sabit kesalahan.
Ramsay turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan taktik penyamaran individu tidak dikenali dan meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat untuk menghubungi Sarjan Ahmad Syahir Qayyum di talian 011-16621816 atau IPD Shah Alam di talian 03-55202222.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 9:44 am
Buat aksi 'superman' ke perhimpunan RXZ Members 8.0, penunggang Singapura ditahan
July 30, 2026, 2:11 pm
Mudir madrasah didakwa tiga pertuduhan amang seksual murid lelaki di Tumpat
July 29, 2026, 10:39 am
Dua pemandu bas ekspres ditahan, sorok syabu di tempat duduk
July 28, 2026, 9:10 am
Warga asing dakwa diperas polis rupanya 'scammer' dikehendaki Interpol
July 27, 2026, 7:22 pm
Nyaris maut ditembak lelaki bertopeng lepas beli telur di Simpang Ampat
July 26, 2026, 9:36 am
Polis tahan lelaki disyaki serang, ugut penguat kuasa MBI
July 25, 2026, 3:21 pm
Lelaki ditahan disyaki hina Islam di Facebook
July 25, 2026, 9:45 am
Dua remaja ditemui maut di Flat Sungai Pari
July 24, 2026, 9:04 am
