Berita Jenayah
Polis gempur stesen minyak sempadan menerusi Ops Tiris 4.0 kekang penyelewengan
IPOH 16 April – Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini memperketatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara melalui pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi membendung isu ketirisan bahan api bersubsidi yang semakin serius.
Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Datuk Fisol Salleh memaklumkan, pegawai dan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama elemen kontinjen telah digerakkan ke lokasi yang dikenal pasti sebagai berisiko tinggi.
Sebanyak 36 stesen minyak kini diklasifikasikan sebagai kawasan panas (hotspot), manakala 55 lagi lokasi dikenal pasti sebagai berisiko tinggi berlakunya aktiviti penyelewengan.
“Situasi ini dipercayai dipengaruhi faktor semasa termasuk dinamika krisis tenaga global yang memberi tekanan kepada bekalan dan harga bahan api,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Penugasan khas ini melibatkan enam negeri yang bersempadan iaitu:
-
Perlis
-
Kedah
-
Kelantan
-
Perak
-
Sabah
-
Sarawak
Operasi dijalankan seawal jam 6 pagi secara syif dengan tumpuan utama diberikan kepada stesen minyak yang beroperasi antara jam 6.30 pagi hingga 11.30 malam (waktu puncak). Bagi stesen yang beroperasi 24 jam, pemantauan dilakukan secara berterusan tanpa henti.
Langkah bersepadu ini turut mendapat kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memastikan bahan api bersubsidi hanya dinikmati oleh golongan yang layak serta mengelakkan kerugian besar kepada hasil negara.
Pihak polis menyeru orang ramai agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan di stesen minyak sempadan bagi membantu memperkukuh penguatkuasaan sedia ada.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 9:44 am
Buat aksi 'superman' ke perhimpunan RXZ Members 8.0, penunggang Singapura ditahan
July 30, 2026, 2:11 pm
Mudir madrasah didakwa tiga pertuduhan amang seksual murid lelaki di Tumpat
July 29, 2026, 10:39 am
Dua pemandu bas ekspres ditahan, sorok syabu di tempat duduk
July 28, 2026, 9:10 am
Warga asing dakwa diperas polis rupanya 'scammer' dikehendaki Interpol
July 27, 2026, 7:22 pm
Nyaris maut ditembak lelaki bertopeng lepas beli telur di Simpang Ampat
July 26, 2026, 9:36 am
Polis tahan lelaki disyaki serang, ugut penguat kuasa MBI
July 25, 2026, 3:21 pm
Lelaki ditahan disyaki hina Islam di Facebook
July 25, 2026, 9:45 am
Dua remaja ditemui maut di Flat Sungai Pari
July 24, 2026, 9:04 am
