Berita Viral
Lelaki panjat siling, hendap wanita di tandas LRT Sentul direman
Oleh AZIM SAID
KUALA LUMPUR 17 April – Suspek lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes mengendap di tandas awam berhampiran LRT Sentul telah ditahan dan akan direman bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Sentul, Basri Sagoni mengesahkan perkara itu dan memaklumkan suspek telah berjaya diberkas pihak berkuasa.
“Untuk makluman, suspek sudah ditangkap dan akan direman esok (hari ini),” katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, kejadian tersebut tular di media sosial apabila seorang wanita mendakwa menyedari kehadiran seorang lelaki yang mengendap dari bahagian atas siling tandas awam berkenaan.
Mangsa dilaporkan menjerit sebelum melarikan diri, manakala suspek berjaya ditahan oleh pengawal tempat letak kereta berhampiran.
Insiden itu turut mencetuskan kebimbangan orang ramai terhadap tahap keselamatan di kemudahan awam, khususnya tandas yang didakwa tidak dilengkapi sistem pemantauan seperti kamera litar tertutup (CCTV).
Kes kini dalam siasatan pihak polis.
Berita berkaitan
June 11, 2026, 2:28 pm
'Kita nak beli satu pun susah' - Netizen panas hati warga asing didakwa borong minyak paket
June 10, 2026, 6:27 pm
Wanita dipeluk, mulut ditekup sebelum dicabul di kawasan rumah di Setia Alam
June 5, 2026, 5:49 pm
'Baju pun nak curi?' - Dua wanita tular rembat baju orang di kedai dobi Johor Bahru
June 3, 2026, 6:02 pm
