Berita Jenayah
Polis buru pencuri pakaian dalam wanita di Kampung Tasek
IPOH 18 April – Polis kini sedang giat mengesan seorang lelaki yang dikesan mencuri pakaian dalam wanita di ampaian sebuah rumah di Kampung Tasek, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah memaklumkan bahawa siasatan dimulakan selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial Facebook.
Berdasarkan semakan kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, suspek dikesan melakukan perbuatan tersebut pada 17 April sekitar jam 12.51 tengah hari. Lelaki berkenaan dilihat menaiki sebuah motosikal, namun nombor pendaftaran dan jenis kenderaan tersebut tidak dapat dikenal pasti dengan jelas melalui rakaman berkenaan.
Pihak polis kini dalam usaha menjejaki suspek untuk membantu siasatan lanjut di bawah seksyen berkaitan.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai identiti atau keberadaan lelaki tersebut diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu pihak berkuasa.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 9:44 am
Buat aksi 'superman' ke perhimpunan RXZ Members 8.0, penunggang Singapura ditahan
July 30, 2026, 2:11 pm
Mudir madrasah didakwa tiga pertuduhan amang seksual murid lelaki di Tumpat
July 29, 2026, 10:39 am
Dua pemandu bas ekspres ditahan, sorok syabu di tempat duduk
July 28, 2026, 9:10 am
Warga asing dakwa diperas polis rupanya 'scammer' dikehendaki Interpol
July 27, 2026, 7:22 pm
Nyaris maut ditembak lelaki bertopeng lepas beli telur di Simpang Ampat
July 26, 2026, 9:36 am
Polis tahan lelaki disyaki serang, ugut penguat kuasa MBI
July 25, 2026, 3:21 pm
Lelaki ditahan disyaki hina Islam di Facebook
July 25, 2026, 9:45 am
Dua remaja ditemui maut di Flat Sungai Pari
July 24, 2026, 9:04 am
