Berita Jenayah
Lelaki Pakistan ditahan cabul kanak-kanak 11 tahun di kedai runcit
KULIM 18 April – Polis menahan seorang lelaki warga Pakistan berusia 29 tahun yang disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah kedai runcit di Taman Ria, Padang Serai, petang semalam.
Kejadian tersebut mula mendapat perhatian selepas tular rakaman video berdurasi 1 minit 25 saat yang memaparkan seorang wanita menyerbu premis berkenaan dan memarahi suspek kerana didakwa melakukan perbuatan tidak bermoral terhadap adik perempuannya yang berusia 11 tahun.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Tengku Mohd Faisal Tengku Yeng memaklumkan bahawa insiden berlaku sekitar jam 3 petang sebelum mangsa pulang ke rumah untuk mengadu kepada ibunya. Satu laporan polis kemudiannya dibuat pada jam 4.33 petang hari yang sama.
Bertindak atas laporan tersebut, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Kulim telah melancarkan serbuan dan berjaya menahan suspek di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada jam 8.05 malam tadi.
Hasil siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau, manakala ujian saringan air kencing menunjukkan keputusan negatif terhadap sebarang jenis dadah. Kes kini sedang disiasat mengikut seksyen berkaitan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 9:44 am
Buat aksi 'superman' ke perhimpunan RXZ Members 8.0, penunggang Singapura ditahan
July 30, 2026, 2:11 pm
Mudir madrasah didakwa tiga pertuduhan amang seksual murid lelaki di Tumpat
July 29, 2026, 10:39 am
Dua pemandu bas ekspres ditahan, sorok syabu di tempat duduk
July 28, 2026, 9:10 am
Warga asing dakwa diperas polis rupanya 'scammer' dikehendaki Interpol
July 27, 2026, 7:22 pm
Nyaris maut ditembak lelaki bertopeng lepas beli telur di Simpang Ampat
July 26, 2026, 9:36 am
Polis tahan lelaki disyaki serang, ugut penguat kuasa MBI
July 25, 2026, 3:21 pm
Lelaki ditahan disyaki hina Islam di Facebook
July 25, 2026, 9:45 am
Dua remaja ditemui maut di Flat Sungai Pari
July 24, 2026, 9:04 am
