Berita Jenayah
Padah buat aksi 'wheelie' depan sekolah, dua penunggang motosikal ditahan
AMPANG JAYA 21 April – Tindakan berani mati dua lelaki yang melakukan aksi 'wheelie' secara berbahaya di sekitar kawasan sebuah sekolah menengah di sini membawa padah apabila mereka ditahan pihak polis semalam.
Tangkapan dilakukan oleh Unit Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman melalui 'Op Motosikal' hasil aduan orang awam yang rimas dengan gangguan serta bahaya ditimbulkan oleh kumpulan penunggang terbabit.
Dalam operasi tersebut, polis yang melakukan pemerhatian rapi mendapati kedua-dua suspek melakukan aksi mengangkat roda hadapan secara berulang kali, sekali gus mengancam keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain di kawasan tumpuan pelajar tersebut.
Kedua-dua suspek kini disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan. Selain tangkapan, pihak polis turut menyita empat buah motosikal dan mengeluarkan 17 saman atas pelbagai kesalahan trafik dalam operasi yang sama.
Semua suspek telah dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Ampang untuk tindakan lanjut. JSPT menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang menjadikan jalan raya sebagai tempat melakukan aksi berbahaya sehingga menggugat ketenteraman awam.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 9:44 am
Buat aksi 'superman' ke perhimpunan RXZ Members 8.0, penunggang Singapura ditahan
July 30, 2026, 2:11 pm
Mudir madrasah didakwa tiga pertuduhan amang seksual murid lelaki di Tumpat
July 29, 2026, 10:39 am
Dua pemandu bas ekspres ditahan, sorok syabu di tempat duduk
July 28, 2026, 9:10 am
Warga asing dakwa diperas polis rupanya 'scammer' dikehendaki Interpol
July 27, 2026, 7:22 pm
Nyaris maut ditembak lelaki bertopeng lepas beli telur di Simpang Ampat
July 26, 2026, 9:36 am
Polis tahan lelaki disyaki serang, ugut penguat kuasa MBI
July 25, 2026, 3:21 pm
Lelaki ditahan disyaki hina Islam di Facebook
July 25, 2026, 9:45 am
Dua remaja ditemui maut di Flat Sungai Pari
July 24, 2026, 9:04 am
