Berita Viral
(VIDEO) Air kotor, busuk mengalir atas jalan, netizen desak PBT 'buka mata' restoran tutup longkang demi luaskan ruang
Oleh AZIM SAID
KUALA LUMPUR 22 April - Tular di media sosial satu rakaman memaparkan sebuah restoran didakwa membina lantai besi bagi menutup longkang, dipercayai untuk menambah ruang operasi.
Keadaan itu menyebabkan air kotor yang dilihat mengalir keluar sehingga mencemarkan kawasan sekitar.
Perkongsian pengguna media sosial itu turut mempersoalkan bagaimana perkara berkenaan boleh berlaku tanpa tindakan pihak berkuasa tempatan.
<<<<<<< TONTON VIDEO PENUH DI SINI >>>>>>>>
Difahamkan, kawasan tersebut berada di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).
Di ruangan komen, pengguna media sosial Nobodynobodeyhh mendakwa isu kebersihan dan penguatkuasaan sering dipandang ringan.
“Kadang-kadang penguat kuasa lalu tempat macam ni, dia nampak orang tak bayar parking saja.”komennya
Seorang lagi pengguna, hiayu_25 mendakwa masalah bau longkang sering berlaku di premis makanan tertentu.
“Kalau makan tempat macam ni tak kira mamak atau kedai Cina, bau longkang dan bau najis pun ada.
“Kalau tak nak makan nanti orang kata memilih, padahal sebab bau.
“Dekat Klang kebanyakannya macam tu, pekerja tak kisah kebersihan.” komennya.
Turut ada pengguna media sosial, azamnasir98 yang mendakwa tindakan hanya diambil selepas aduan dibuat.
“Tak ada orang buat laporan, kerja tak jalan.
“Walaupun pegawai lalu tengok sendiri, kalau tak ada laporan, tak ada tindakan, saman parking saja cepat.”
Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa tempatan berhubung dakwaan tersebut.
Orang ramai berharap siasatan segera dijalankan bagi memastikan persekitaran premis makanan mematuhi piawaian kebersihan dan keselamatan.
Berita berkaitan
June 11, 2026, 2:28 pm
'Kita nak beli satu pun susah' - Netizen panas hati warga asing didakwa borong minyak paket
June 10, 2026, 6:27 pm
Wanita dipeluk, mulut ditekup sebelum dicabul di kawasan rumah di Setia Alam
June 5, 2026, 5:49 pm
'Baju pun nak curi?' - Dua wanita tular rembat baju orang di kedai dobi Johor Bahru
June 3, 2026, 6:02 pm
