Berita Viral
(VIDEO) Lelaki menyamar polis ditahan, siap pakai vest, topi keledar anggota trafik demi 'content'
SUBANG JAYA 23 April - Lelaki yang memakai vest dan topi keledar berlogo Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga tular di media sosial ditahan semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung video berkenaan semalam yang memaparkan seorang lelaki memakai pakaian serta topi keledar berlogo polis tanpa kebenaran.
Menurutnya, kejadian itu dipercayai berlaku pada 17 April lalu dan dirakam sebelum dimuat naik melalui platform TikTok.
"Siasatan lanjut membawa kepada penahanan seorang suspek warga tempatan berusia lingkungan 30 tahun di kawasan USJ, Subang Jaya bagi membantu siasatan.
"Suspek akan direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana menggunakan peralatan serta pakaian seragam polis tanpa kebenaran sah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, kes turut disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan dengan niat memecah keamanan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana kelakuan aib di tempat awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana memuat naik kandungan jelik.
"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini. Sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di talian 03-7862 7222 bagi membantu siasatan," katanya.
Berita berkaitan
April 17, 2026, 11:25 am
Lelaki panjat siling, hendap wanita di tandas LRT Sentul direman
April 6, 2026, 2:33 pm
(VIDEO) Rakaman dashcam dedah aksi bahaya penunggang lawan arus Lebuhraya Karak
April 3, 2026, 3:49 pm
Tak hormat tempat ibadah, individu selamba curi duit tabung surau di Setiu, Terengganu.
April 2, 2026, 5:26 pm
(VIDEO) Warga asing didakwa usung bayi tengah pas demi raih simpati orang ramai
April 2, 2026, 11:32 am
(VIDEO) CCTV rakam budak Rohingya selamba mencuri di Machang, Kelantan
April 1, 2026, 12:33 pm
