Berita Berita
Pinjaman peribadi punca utama 31,517 kes bankrap direkodkan sejak 2021
JOHOR BAHRU 23 April – Sebanyak 31,517 kes kebankrapan telah direkodkan di seluruh negara bagi tempoh 2021 sehingga Mac 2026 dengan hampir separuh daripada jumlah tersebut berpunca daripada kegagalan menguruskan pinjaman peribadi.
Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir mendedahkan bahawa sebanyak 14,582 kes atau 46 peratus daripada keseluruhan statistik berkenaan dikategorikan sebagai bankrap akibat tekanan hutang peribadi, manakala 15 peratus daripadanya melibatkan golongan muda berusia 34 tahun ke bawah.
Beliau menekankan bahawa kerajaan kini sedang memperkasakan Dasar Peluang Kedua melalui pelepasan 'laluan pantas' (fast track) yang memfokuskan kepada kumpulan sasar seperti ibu bapa tunggal, pengusaha mikro, mangsa penipuan kewangan serta mangsa projek rumah terbengkalai.
"Data ini menunjukkan pentingnya kesedaran mengenai pengurusan kewangan dan literasi kewangan dipupuk sejak peringkat awal, terutamanya bagi keluarga muda dalam merancang komitmen kewangan berdasarkan kemampuan masing-masing," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Menurut beliau lagi, kriteria pelepasan bankrap juga telah ditambah baik dengan menaikkan tahap ambang daripada RM50,000 kepada RM200,000 bagi memberi ruang yang lebih luas kepada individu terlibat untuk memulakan semula kehidupan mereka dan keluar daripada status tersebut.
Dalam pada itu, menyentuh mengenai landskap ekonomi semasa, beliau memaklumkan kadar inflasi negara bagi bulan Mac mencatatkan sedikit peningkatan kepada 1.7 peratus berbanding 1.4 peratus pada bulan sebelumnya, yang didorong terutamanya oleh kenaikan kos dalam sektor pengangkutan serta bahan api.
Berita berkaitan
April 23, 2026, 8:34 pm
Teksi EV dengan sistem penukaran bateri diperkenal tangani krisis bahan api
April 23, 2026, 5:29 pm
KKM sahkan Unit Perubatan Nuklear PPUM selamat, tiada bukti kluster kanser
April 23, 2026, 5:25 pm
KUSKOP gubal RUU baharu perkasa integriti, urus tadbir gerakan koperasi
April 23, 2026, 5:16 pm
Mindef tidak kompromi pegawai tentera pandu mabuk, serah siasatan kepada polis
April 23, 2026, 2:09 pm
Polis siasat dakwaan anak Ako Mustapha jadi mangsa buli di sekolah
April 23, 2026, 2:06 pm
Ahmad Fadhli sindir pihak perlekeh 'tin milo' tapi mewah hasil sakau duit zakat
April 23, 2026, 1:55 pm
