Berita Berita
KKM sahkan Unit Perubatan Nuklear PPUM selamat, tiada bukti kluster kanser
PUTRAJAYA 23 April – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan bahawa tahap keselamatan radiasi di Unit Perubatan Nuklear, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) adalah selamat dan terkawal, sekali gus menafikan dakwaan kewujudan kluster kanser di fasiliti berkenaan.
Kenyataan tersebut dikeluarkan bagi mengulas dakwaan seorang individu yang mengaku sebagai bekas juru X-ray di pusat perubatan itu mengenai pelanggaran serius prosedur keselamatan radiasi yang kononnya mengancam kesihatan kakitangan dan pesakit.
KKM menjelaskan, hasil siasatan menyeluruh oleh Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan (BKRP) mendapati tiada sebarang isu pematuhan keselamatan sinaran yang kritikal dikesan di bawah Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304).
"Hasil siasatan mendapati bahawa tahap keselamatan radiasi di fasiliti terbabit adalah selamat, terkawal dan tiada isu pematuhan keselamatan sinaran yang kritikal. Tiada bukti teknikal yang menyokong dakwaan bahawa pendedahan radiasi di fasiliti berkenaan menyebabkan kejadian kanser dalam kalangan kakitangan," menurut kenyataan KKM hari ini.
Kementerian turut menegaskan komitmennya dalam memastikan keselamatan pesakit, petugas kesihatan serta orang awam dengan melaksanakan pemantauan berkala dan audit pematuhan standard keselamatan secara berterusan.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau membuat spekulasi yang boleh mencetuskan kebimbangan awam, memandangkan pihak kementerian sentiasa mengutamakan ketelusan maklumat berteraskan bukti teknikal yang tepat.
Berita berkaitan
April 23, 2026, 8:34 pm
Teksi EV dengan sistem penukaran bateri diperkenal tangani krisis bahan api
April 23, 2026, 5:25 pm
KUSKOP gubal RUU baharu perkasa integriti, urus tadbir gerakan koperasi
April 23, 2026, 5:16 pm
Mindef tidak kompromi pegawai tentera pandu mabuk, serah siasatan kepada polis
April 23, 2026, 2:09 pm
Polis siasat dakwaan anak Ako Mustapha jadi mangsa buli di sekolah
April 23, 2026, 2:06 pm
Ahmad Fadhli sindir pihak perlekeh 'tin milo' tapi mewah hasil sakau duit zakat
April 23, 2026, 2:00 pm
Pinjaman peribadi punca utama 31,517 kes bankrap direkodkan sejak 2021
April 23, 2026, 1:55 pm
