TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis siasat dakwaan anak Ako Mustapha jadi mangsa buli di sekolah

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 23 April – Polis telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan anak lelaki pelakon Ako Mustapha menjadi mangsa buli di sebuah sekolah di Wangsa Maju yang menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Asisten Komisioner Annas Sulaiman mengesahkan bahawa siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian selepas laporan rasmi diterima daripada pihak keluarga mangsa.

Terdahulu, Ako Mustapha mendedahkan bahawa anak lelakinya, Mika, dipercayai menjadi mangsa buli sejak setahun lalu, namun keadaan menjadi lebih serius tahun ini apabila anaknya menunjukkan perubahan sikap dan enggan ke sekolah.

Menurut pelakon berkenaan, kejadian terbaharu terbongkar selepas beliau mendapati terdapat kesan kecederaan fizikal pada tubuh anaknya termasuk kesan tapak kasut, badan berbirat akibat dipukul serta rambut yang telah digunting oleh rakan sekolah.

Mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut dan dilaporkan ditahan di wad bagi pemantauan perubatan, manakala pihak polis memberi jaminan kes tersebut akan disiasat mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.

+ - reset