Berita Berita
Bina perpustakaan mini di rumah, ibu ayah main besar galak anak membaca – Fadhlina
KUALA LUMPUR 23 April - Usaha membudayakan amalan membaca dalam kalangan generasi muda perlu bermula dari rumah dengan ibu bapa memainkan peranan sebagai contoh utama kepada anak-anak.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pembentukan ekosistem membaca harus dipupuk sejak awal dalam institusi keluarga kerana anak-anak cenderung mencontohi tingkah laku ibu bapa, termasuk tabiat membaca.
“Anak-anak melihat apa yang kita baca dan mereka akan percaya serta yakin bahawa ekosistem itu wujud dari rumah dan ia mesti diteruskan dalam masyarakat.
“Apabila dalam rumah itu sendiri sudah ada bahan bacaan seperti buku atau perpustakaan kecil, saya percaya budaya membaca itu boleh terus diwujudkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026 di Perpustakaan Kuala Lumpur, hari ini.
Dalam pada itu, beliau menegaskan kementeriannya komited memperkukuh budaya membaca melalui pelbagai inisiatif termasuk meningkatkan literasi dan penguasaan pelbagai bahasa dalam kalangan pelajar.
Menurutnya, selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, murid juga digalakkan mempelajari bahasa lain seperti Mandarin dan Tamil bagi memperluas keupayaan komunikasi serta akses kepada bahan bacaan yang lebih pelbagai.
Berita berkaitan
April 23, 2026, 8:34 pm
Teksi EV dengan sistem penukaran bateri diperkenal tangani krisis bahan api
April 23, 2026, 5:29 pm
KKM sahkan Unit Perubatan Nuklear PPUM selamat, tiada bukti kluster kanser
April 23, 2026, 5:25 pm
KUSKOP gubal RUU baharu perkasa integriti, urus tadbir gerakan koperasi
April 23, 2026, 5:16 pm
Mindef tidak kompromi pegawai tentera pandu mabuk, serah siasatan kepada polis
April 23, 2026, 2:09 pm
Polis siasat dakwaan anak Ako Mustapha jadi mangsa buli di sekolah
April 23, 2026, 2:06 pm
