TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

(VIDEO) 'Bukan flat lah kalau tak buat hal macam ni' – Penduduk flat Klang selamba lempar sampah dari tingkat atas buat penduduk berang

By
|
Kongsi
image

Oleh AZIM SAID

KLANG, 23 April – Tindakan tidak bertanggungjawab segelintir penghuni yang mencampak sampah dari tingkat atas menyebabkan kawasan bumbung dipenuhi sisa buangan sehingga menjejaskan kebersihan dan keselamatan penduduk.

KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO PENUH

Rakaman video yang tular menunjukkan pelbagai jenis sampah jatuh termasuk plastik dan bekas baldi kecil jatuh di atas bumbung flat, menyebabkan ketidakselesaan kepada penduduk lain.

Kejadian tersebut disaksikan secara langsung oleh penduduk flat sendiri.

Tindakan tidak bertanggungjawab dikatakan berlaku secara berulang kerana kesan sampah yang ada sebelum kejadian tersebut berlaku lagi.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Seorang pengguna media sosial, razifajiboo, menekankan bahawa tanggungjawab menjaga kebersihan perlu dipikul bersama oleh semua penghuni.

“Flat bukan diurus. Flat adalah usaha penduduk bersama.

Masing-masing kena jaga untuk flat kekal bersih,” komennya

Dalam pada itu, pengguna media sosial, Ohkhai turut meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir individu yang mencemarkan imej komuniti.

“Kesian B40 yang sopan santun macam saya dan ramai yang lain.

“Sebab bahenol perangai macam ni habis semua B40 kena tempias,” komennya.

Sementara itu, pengguna zero.1one1one berpendapat masalah ini juga berpunca daripada kelemahan perancangan perumahan.

 “Salahkan kerajaan kerana membina flat yang direka dengan kurang baik sehingga menyukarkan pembuangan sampah,” jelasnya.

Penduduk setempat berharap pengurusan flat dapat mengambil tindakan tegas terhadap pelaku.

Ini bertujuan membendung perbuatan membuang sampah dari tingkat atas yang boleh membahayakan orang lain serta mencemarkan persekitaran.

+ - reset