Berita Viral
(VIDEO) ‘Bayar 1 sen terus cabut lari’ – Pelanggan lari lepas buat bayaran tak munasabah
Oleh AZIM SAID
KUALA LUMPUR 24 April - Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial memaparkan tindakan mencurigakan seorang lelaki berhelmet di dalam sebuah kedai pada Isnin lalu.
KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO PENUH
Dalam rakaman tersebut, lelaki berkenaan dilihat membeli beberapa barangan sebelum membuat bayaran yang tidak munasabah, dipercayai hanya satu sen, dan kemudian bertindak meninggalkan premis secara tergesa-gesa.
Situasi itu menjadi lebih mencurigakan apabila seorang lagi individu dipercayai rakannya menunggu di atas motosikal di luar kedai.
Perkongsian video tersebut turut disertakan dengan peringatan oleh pemilik akaun media sosial berkenaan.
“Kalau ada orang masuk kedai tak buka helmet, dan kawan dia tunggu atas motor kat luar.
“80% kemungkinan mereka masuk kedai dengan niat buruk.”
Rakaman ini telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang berkongsi pandangan serta cadangan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Seorang pengguna, Asyikinahmad, memberi cadangan langkah berjaga-jaga.
“Sebab tu jangan bagi plastik.
“Plastik tu jangan bagi kat dia dulu sebelum bayaran selesai.”
Selain itu, pengguna lain, Nazaerrenko, meluahkan rasa tidak selesa terhadap situasi tersebut:
“Tak boleh betul kalau orang pakai helmet dalam kedai ni.”
Insiden ini menjadi peringatan kepada para peniaga agar lebih berwaspada, terutama apabila berdepan pelanggan yang menunjukkan tingkah laku luar biasa seperti tidak membuka helmet atau bertindak mencurigakan.
Langkah keselamatan tambahan seperti menangguhkan pemberian barangan sebelum bayaran disahkan dilihat sebagai antara kaedah yang boleh mengurangkan risiko penipuan.
Berita berkaitan
June 11, 2026, 2:28 pm
'Kita nak beli satu pun susah' - Netizen panas hati warga asing didakwa borong minyak paket
June 10, 2026, 6:27 pm
Wanita dipeluk, mulut ditekup sebelum dicabul di kawasan rumah di Setia Alam
June 5, 2026, 5:49 pm
'Baju pun nak curi?' - Dua wanita tular rembat baju orang di kedai dobi Johor Bahru
June 3, 2026, 6:02 pm
