Berita Berita
Dua rumah, empat kenderaan musnah dalam kebakaran di Kelana Jaya
PETALING JAYA 27 April – Dua buah rumah teres serta empat kenderaan dilaporkan musnah dalam satu kejadian kebakaran di Jalan SS 5D/6 di sini, malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada jam 7.40 malam sebelum menggerakkan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya dan BBP Damansara ke lokasi.
Setibanya di tempat kejadian, anggota bomba mendapati api sedang marak melibatkan dua buah kediaman teres kelas A.
“Sebuah rumah terbakar kira-kira 40 peratus manakala sebuah lagi terjejas sekitar 30 peratus," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Selain kerosakan pada struktur kediaman, kebakaran tersebut turut memusnahkan tiga buah kereta dan sebuah motosikal yang berada di kawasan berkenaan.
Kenderaan yang terlibat ialah sebuah Perodua Axia yang musnah 95 peratus, manakala sebuah Proton Preve dan Proton X50 masing-masing terjejas 50 peratus. Sebuah motosikal turut dilaporkan hangus hampir keseluruhan (95 peratus).
Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak ke unit kediaman bersebelahan. Bagaimanapun, punca sebenar kejadian dan jumlah anggaran kerugian masih lagi dalam proses siasatan pihak forensik bomba.
Berita berkaitan
April 27, 2026, 8:49 pm
Ahmad Zahid bakal bincang krisis Negeri Sembilan dengan PM
April 27, 2026, 3:35 pm
Nasib Syed Saddiq dipenjara tujuh tahun atau bebas diketahui 30 Jun ini
April 27, 2026, 3:01 pm
Menteri Agama gesa henti spekulasi isu azan di Ampang
April 27, 2026, 3:01 pm
Pegawai penyiasat didapati cuai, penganggur dibebas tuduhan amang seksual kanak-kanak
April 27, 2026, 2:56 pm
Aktivis tuntut penjelasan isu penguat kuasa iring konvoi kereta mewah
April 27, 2026, 2:51 pm
Pas sambut baik tindakan UMNO Negeri Sembilan tolak PH
April 27, 2026, 2:43 pm
