Berita Berita
Dua maut, dua parah nahas dua motosikal rempuh lori di Batu Pahat
BATU PAHAT 27 April – Dua pemuda maut manakala dua lagi rakan mereka parah selepas motosikal yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 136 Jalan Muar – Batu Pahat, berhampiran Parit Orang Kaya Bagan, tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, mangsa yang maut ialah penunggang motosikal Honda RS150R, P. Pugalenthi dan pemboncengnya, Muhammad Hariz Nizam, masing-masing berusia 21 tahun.
Kejadian pada jam 12.30 tengah hari itu turut melibatkan sebuah lagi motosikal Yamaha Y15ZR yang dinaiki Syafiq Waliuddin Abdurakhman bersama Arif Danial Adzeman, juga berusia 21 tahun, serta sebuah lori dipandu lelaki warga tempatan berusia 46 tahun.
Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila lori yang berada di hadapan kedua-dua motosikal tersebut bertindak membelok ke simpang kanan.
"Motosikal dinaiki Pugalenthi dan Muhammad Hariz cuba memotong lori berkenaan lalu melanggar bahagian belakang kenderaan berat itu. Dalam masa sama, motosikal yang ditunggang Syafiq Waliuddin tidak sempat mengelak dan melanggar motosikal rakannya di hadapan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Akibat pertembungan kuat tersebut, Pugalenthi dan Muhammad Hariz mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).
Dua lagi mangsa yang mengalami kecederaan parah kini sedang menerima rawatan di hospital yang sama. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Berita berkaitan
April 27, 2026, 8:49 pm
Ahmad Zahid bakal bincang krisis Negeri Sembilan dengan PM
April 27, 2026, 3:35 pm
Nasib Syed Saddiq dipenjara tujuh tahun atau bebas diketahui 30 Jun ini
April 27, 2026, 3:01 pm
Menteri Agama gesa henti spekulasi isu azan di Ampang
April 27, 2026, 3:01 pm
Pegawai penyiasat didapati cuai, penganggur dibebas tuduhan amang seksual kanak-kanak
April 27, 2026, 2:56 pm
Aktivis tuntut penjelasan isu penguat kuasa iring konvoi kereta mewah
April 27, 2026, 2:51 pm
Pas sambut baik tindakan UMNO Negeri Sembilan tolak PH
April 27, 2026, 2:43 pm
