TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lelaki belasah isteri hingga keguguran akhirnya ditahan polis

By
|
Kongsi
image

 

SUNGAI PETANI 28 April - Seorang lelaki yang disyaki memukul isterinya sehingga menyebabkan keguguran berjaya ditahan polis di sekitar Alor Setar, hari ini.

Ketua Polis Kedah, Adzli Abu Shah berkata, suspek berusia 43 tahun itu ditahan selepas diburu susulan kejadian yang dilaporkan berlaku pada Khamis lalu.

Menurutnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Sungai Petani pagi esok bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut.

"Polis baru saja tahan suspek hari ini, dan kita akan dapatkan permohonan reman esok di mahkamah.

"Kes ini masih disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, satu sidang media akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah esok bagi memaklumkan perkembangan lanjut kes berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita yang juga penjawat awam mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan selepas dipercayai dipukul suaminya, sehingga menyebabkan keguguran ketika kandungan berusia 12 minggu.

+ - reset