Berita Berita
Steven Sim sambut baik kemudahan SRF RM5 bilion sokong PMKS
PUTRAJAYA 28 April – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong menyambut baik inisiatif Bank Negara Malaysia (BNM) yang memperkenalkan kemudahan SME Stabilisation Relief Facility (SME SRF) berjumlah RM5 bilion bagi menyokong Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).
Beliau menyifatkan inisiatif tersebut sebagai langkah tepat pada masanya bagi membantu usahawan tempatan yang terkesan akibat gangguan rantaian bekalan global berikutan konflik berterusan di Asia Barat.
Perkara itu dibincangkan dalam pertemuan beliau bersama Gabenor BNM, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour, yang turut memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh ekosistem pembiayaan dan penskalaan PMKS.
“Kita perlu memperluas akses pembiayaan yang lebih inklusif, khususnya kepada usahawan baharu dan peminjam kali pertama agar mereka tidak tercicir dalam keadaan ekonomi mencabar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu, Steven turut menyentuh mengenai kepentingan pendekatan pembiayaan hibrid (blended financing) yang menggabungkan sektor kewangan dan pasaran modal bagi memacu pertumbuhan sektor berkenaan.
Beliau menegaskan bahawa sokongan terhadap PMKS memerlukan kerjasama erat semua pihak atau pendekatan 'all hands on deck' bagi memastikan perniagaan tempatan bukan sahaja bertahan, malah mampu melonjakkan produktiviti ke tahap lebih tinggi.
Setakat Mac lalu, data menunjukkan pembiayaan kepada PMKS oleh institusi perbankan dan kewangan pembangunan telah mencecah RM443.8 bilion, mewakili hampir 51 peratus daripada keseluruhan pinjaman perniagaan di negara ini.
Berita berkaitan
April 28, 2026, 8:25 pm
Pemandu van sekolah memandu lawan arus ditahan
April 28, 2026, 8:17 pm
582 pelajar MRSM Pendang dibenar PdPR susulan kejadian ribut
April 28, 2026, 8:09 pm
PN bakal keluarkan kenyataan bersama isu krisis Negeri Sembilan
April 28, 2026, 8:01 pm
James Chai selesai beri keterangan lapan jam di SPRM
April 28, 2026, 7:49 pm
PH kesal tindakan 14 ADUN BN tarik sokongan, sifatkan tidak hayati semangat Kerajaan Perpaduan
April 28, 2026, 7:45 pm
Lelaki didenda RM30,000 hina institusi kehakiman di Facebook
April 28, 2026, 7:40 pm
NRES adakan sidang media khas pencerahan isu gajah Dara, Amoi dan Kelat
April 28, 2026, 7:33 pm
Bekas Ketua Bersekutu Bersatu Johor cedera tertembak diri sendiri
April 28, 2026, 7:14 pm
