TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

582 pelajar MRSM Pendang dibenar PdPR susulan kejadian ribut

By
|
Kongsi
image

PENDANG 29 April – Seramai 582 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pendang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini susulan kejadian ribut yang mengakibatkan kerosakan struktur pada bangunan maktab tersebut, petang semalam.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan MARA, Shahrizal Mohd Saderi memaklumkan bahawa kesemua pelajar terbabit akan memulakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula esok (Khamis) dan dijangka kembali semula ke asrama pada Ahad ini.

“Kejadian ribut itu menyebabkan beberapa struktur bangunan, termasuk bumbung, diterbangkan angin. Namun, perkara paling utama adalah tiada sebarang kecederaan dilaporkan melibatkan pelajar dalam insiden ini,” katanya pada sidang media selepas melakukan tinjauan di maktab berkenaan, hari ini.

Menurut Shahrizal, pihak MARA kini sedang dalam proses menilai kerosakan dan memohon peruntukan darurat yang dianggarkan mencecah RM1.5 juta bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dimulakan dengan segera oleh kontraktor yang dilantik.

Semalam, Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan blok pentadbiran MRSM Pendang mengalami kerosakan teruk akibat cuaca buruk dan hujan lebat yang melanda kawasan berkenaan.

+ - reset