Berita Berita
James Chai selesai beri keterangan lapan jam di SPRM
PUTRAJAYA 28 April – Bekas pembantu menteri ekonomi, James Chai, meninggalkan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 6.30 petang tadi selepas lebih lapan jam memberi keterangan.
Penganalisis politik itu dilihat meninggalkan premis berkenaan tanpa memberikan sebarang kenyataan kepada pihak media yang menunggu sejak pagi.
Kehadiran beliau di Putrajaya hari ini adalah bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah laku berkaitan perjanjian kerajaan bernilai RM1.1 bilion dengan syarikat pembuat cip, Arm Holdings, yang ditandatangani pada Mac tahun lalu.
Sebelum ini, SPRM telah mengeluarkan notis pencarian awam terhadap Chai selepas beliau didakwa gagal dihubungi semasa menetap di United Kingdom. Agensi antirasuah itu juga pernah menawarkan untuk menanggung kos perjalanan beliau bagi memudahkan proses rakaman percakapan.
Chai sebelum ini meluahkan rasa kesal terhadap tindakan SPRM mengeluarkan notis awam yang menyertakan alamat rumah keluarganya, selain menyifatkan tindakan itu sebagai keterlaluan seolah-olah menggambarkan beliau sebagai seorang pelarian.
Walau bagaimanapun, beliau melalui peguamnya telah menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa secara profesional bagi membantu melengkapkan siasatan yang sedang berjalan.
Berita berkaitan
April 28, 2026, 8:25 pm
Pemandu van sekolah memandu lawan arus ditahan
April 28, 2026, 8:17 pm
582 pelajar MRSM Pendang dibenar PdPR susulan kejadian ribut
April 28, 2026, 8:09 pm
PN bakal keluarkan kenyataan bersama isu krisis Negeri Sembilan
April 28, 2026, 7:56 pm
Steven Sim sambut baik kemudahan SRF RM5 bilion sokong PMKS
April 28, 2026, 7:49 pm
PH kesal tindakan 14 ADUN BN tarik sokongan, sifatkan tidak hayati semangat Kerajaan Perpaduan
April 28, 2026, 7:45 pm
Lelaki didenda RM30,000 hina institusi kehakiman di Facebook
April 28, 2026, 7:40 pm
NRES adakan sidang media khas pencerahan isu gajah Dara, Amoi dan Kelat
April 28, 2026, 7:33 pm
Bekas Ketua Bersekutu Bersatu Johor cedera tertembak diri sendiri
April 28, 2026, 7:14 pm
