Berita Berita
Pemandu van sekolah memandu lawan arus ditahan
PONTIAN 28 April – Tindakan berbahaya seorang pemandu van sekolah memandu yang memandu melawan arus di Kilometer 56.9 Jalan Johor Bahru-Batu Pahat membawa padah apabila lelaki warga emas itu ditahan polis, hari ini.
Kejadian yang tular di media sosial semalam itu memaparkan kenderaan berkenaan dipandu secara songsang dalam keadaan hujan, sekali gus mengundang risiko kemalangan besar kepada pengguna jalan raya yang lain.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Hadzrat Hussein Mion Hussin berkata, pihaknya mengesan video tular tersebut pada jam 7.55 pagi sebelum berjaya mengenal pasti pemandu terlibat kira-kira dua jam kemudian.
“Sepasukan anggota trafik telah ke rumah lelaki berusia 64 tahun itu sebelum mengarahkannya hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian bersama van sekolah tersebut bagi tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, suspek telah ditahan manakala van jenis Placer-X yang digunakan dalam kejadian itu turut disita.
Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan semakan rekod mendapati warga emas berkenaan tidak mempunyai sebarang kesalahan lampau. Kes kini sedang disiasat di bawah tindakan penguatkuasaan trafik kerana memandu secara membahayakan.
Berita berkaitan
April 28, 2026, 8:17 pm
582 pelajar MRSM Pendang dibenar PdPR susulan kejadian ribut
April 28, 2026, 8:09 pm
PN bakal keluarkan kenyataan bersama isu krisis Negeri Sembilan
April 28, 2026, 8:01 pm
James Chai selesai beri keterangan lapan jam di SPRM
April 28, 2026, 7:56 pm
Steven Sim sambut baik kemudahan SRF RM5 bilion sokong PMKS
April 28, 2026, 7:49 pm
PH kesal tindakan 14 ADUN BN tarik sokongan, sifatkan tidak hayati semangat Kerajaan Perpaduan
April 28, 2026, 7:45 pm
Lelaki didenda RM30,000 hina institusi kehakiman di Facebook
April 28, 2026, 7:40 pm
NRES adakan sidang media khas pencerahan isu gajah Dara, Amoi dan Kelat
April 28, 2026, 7:33 pm
Bekas Ketua Bersekutu Bersatu Johor cedera tertembak diri sendiri
April 28, 2026, 7:14 pm
