TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

PH kesal tindakan 14 ADUN BN tarik sokongan, sifatkan tidak hayati semangat Kerajaan Perpaduan

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 28 April – Pakatan Harapan (PH) menyatakan rasa kesal terhadap tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan yang menarik balik sokongan kepada kerajaan negeri baru-baru ini.

Pengarah Komunikasi PH, Datuk Fahmi Fadzil berkata, tindakan tersebut jelas tidak menghayati semangat Kerajaan Perpaduan yang telah dibina di peringkat nasional dan negeri.

Beliau menyifatkan langkah tersebut sebagai satu bentuk pengkhianatan untuk mencuba 'menebuk atap' dan mengambil alih pentadbiran negeri, sedangkan alasan yang diberikan langsung tidak mempunyai kaitan dengan prestasi Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

“Tindakan itu telah dilakukan tanpa mempedulikan kebajikan rakyat malah dilakukan pada ketika kerajaan dan negara berdepan dengan krisis bekalan global dan berusaha menguruskan ekonomi serta mengurangkan beban yang dihadapi rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi menegaskan komitmen PH sebagaimana yang telah disembah maklum oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, bahawa pentadbiran kerajaan negeri akan terus berfungsi seperti biasa.

Tambah beliau, PH akan kekal memberikan kerjasama penuh kepada kepimpinan kerajaan negeri demi kestabilan ekonomi serta kebajikan rakyat, selain terus mempertahankan peranan dan fungsi institusi Raja-Raja Melayu di negeri berkenaan.

+ - reset