Berita Berita
PN bakal keluarkan kenyataan bersama isu krisis Negeri Sembilan
KUALA LUMPUR 28 April – Perikatan Nasional (PN) akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi di bawah satu panji berhubung krisis politik yang sedang berlaku di Negeri Sembilan bagi membuktikan kesatuan pendirian gabungan tersebut.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perincian mengenai perkara itu akan diperjelaskan oleh kepimpinan tertinggi gabungan berkenaan dalam masa terdekat.
"Tunggu Setiausaha Agung keluarkan kenyataan bagi menjelaskan krisis Negeri Sembilan. Ia bukan sahaja melibatkan Bersatu, tetapi juga PAS, dan kami di bawah PN.
"Saya fikir adalah lebih adil untuk Pengerusi atau Setiausaha Agung yang membuat kenyataan. Tanya Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan," katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.
Kenyataan beliau menyusul selepas Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad sebelum ini memaklumkan bahawa PN tidak menetapkan sebarang syarat bagi menjalin kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan baharu di negeri berkenaan.
Krisis di Negeri Sembilan memuncak selepas 14 ADUN BN menarik balik sokongan terhadap pentadbiran sedia ada, selain penangguhan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tanpa tarikh baharu berikutan laporan wujudnya cubaan salah seorang Undang terhadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Berita berkaitan
April 28, 2026, 8:25 pm
Pemandu van sekolah memandu lawan arus ditahan
April 28, 2026, 8:17 pm
582 pelajar MRSM Pendang dibenar PdPR susulan kejadian ribut
April 28, 2026, 8:01 pm
James Chai selesai beri keterangan lapan jam di SPRM
April 28, 2026, 7:56 pm
Steven Sim sambut baik kemudahan SRF RM5 bilion sokong PMKS
April 28, 2026, 7:49 pm
PH kesal tindakan 14 ADUN BN tarik sokongan, sifatkan tidak hayati semangat Kerajaan Perpaduan
April 28, 2026, 7:45 pm
Lelaki didenda RM30,000 hina institusi kehakiman di Facebook
April 28, 2026, 7:40 pm
NRES adakan sidang media khas pencerahan isu gajah Dara, Amoi dan Kelat
April 28, 2026, 7:33 pm
Bekas Ketua Bersekutu Bersatu Johor cedera tertembak diri sendiri
April 28, 2026, 7:14 pm
