Berita Berita
Aliff Syukri kalah saman fitnah, diperintah bayar RM250,000 kepada Abdul Kadir
KUALA LUMPUR 29 April - Kontroversi saman fitnah melibatkan usahawan kosmetik, Aliff Syukri Kamaruzaman berakhir apabila Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memerintahkannya membayar ganti rugi RM250,000 kepada bekas menteri, Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
Hakim, Roslan Mat Nor membuat keputusan itu selepas membenarkan saman difailkan Abdul Kadir berhubung dakwaan berkaitan hutang pelaburan berjumlah RM30 juta.
Selain ganti rugi, mahkamah turut mengarahkan Aliff Syukri membayar kos sebanyak RM50,000 kepada plaintif.
Dalam penghakimannya, Roslan turut mengeluarkan perintah injunksi yang melarang defendan sama ada secara peribadi atau melalui ejen daripada terus menyebarkan atau menerbitkan sebarang kenyataan berunsur fitnah terhadap Abdul Kadir.
“Defendan juga diarahkan menghapuskan kenyataan yang diterbitkan terhadap plaintif daripada semua akaun media sosial dalam tempoh tujuh hari serta memberikan aku janji bertulis untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut,” katanya.
Terdahulu, pada 6 September 2023, Abdul Kadir memfailkan saman dengan menuntut ganti rugi RM70 juta terhadap Aliff Syukri atas dakwaan memfitnah.
Bekas Menteri Penerangan itu mendakwa kenyataan yang dibuat defendan pada 2 Julai 2023 memberi gambaran beliau berhutang berjuta-juta ringgit, selain penggunaan gambarnya dalam kenyataan tersebut mengundang komen negatif daripada orang ramai.
Dalam tuntutannya, Abdul Kadir turut memohon agar defendan mengemukakan permohonan maaf tanpa syarat yang disiarkan di semua platform media sosial miliknya.
Sementara itu, dalam pernyataan pembelaan, Aliff Syukri mendakwa beliau telah membuat pelaburan sebanyak RM30 juta bagi mematuhi perjanjian usaha sama bertarikh 26 November 2018 yang melibatkan beberapa pihak termasuk plaintif.
Beliau turut mendakwa pihak-pihak dalam perjanjian tersebut gagal membuat pembayaran semula terhadap pelaburan berkenaan serta melanggar beberapa aku janji yang dipersetujui.
Berita berkaitan
April 29, 2026, 8:20 pm
MOF cadang potong RM5.4 bilion belanja kesihatan, pendidikan tinggi perkukuh fiskal
April 29, 2026, 4:34 pm
Stok darah O dan A makin kurang, rakyat diminta menderma – PDN
April 29, 2026, 3:04 pm
Pemuda Pas desak semakan menyeluruh projek tebatan banjir di Selangor
April 29, 2026, 2:44 pm
Lelaki disyaki pukul isteri hingga keguguran direman tujuh hari
April 29, 2026, 2:19 pm
Lek Khang ada lesen senjata, tertembak diri sendiri ketika kosongkan pistol - Polis
April 29, 2026, 9:59 am
Budak 10 tahun dikhuatiri lemas, hanyut dalam longkang ketika hujan lebat di Puncak Alam
April 29, 2026, 9:53 am
30 rumah musnah dalam kebakaran di Karamunting
April 29, 2026, 9:47 am
