Berita Berita
Budak 10 tahun dikhuatiri lemas, hanyut dalam longkang ketika hujan lebat di Puncak Alam
SHAH ALAM 29 April - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang sebelum dihanyutkan arus deras dalam kejadian di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.47 malam.
Menurutnya, sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya telah dikejarkan ke lokasi.
“Sebaik tiba, anggota bertugas dimaklumkan orang awam bahawa mangsa jatuh ke dalam longkang pada 3.30 petang dan hanyut dibawa arus deras ketika hujan lebat,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan bagi mengesan mangsa.
Berita berkaitan
April 29, 2026, 9:53 am
30 rumah musnah dalam kebakaran di Karamunting
April 29, 2026, 9:47 am
Bekas Pemimpin Bersatu Johor tertembak diri sendiri kini kritikal
April 29, 2026, 8:35 am
'Aminuddin takut dengan bayang-bayang sendiri, baik bubar sahaja DUN Negeri Sembilan' – Puad
April 28, 2026, 8:25 pm
Pemandu van sekolah memandu lawan arus ditahan
April 28, 2026, 8:17 pm
582 pelajar MRSM Pendang dibenar PdPR susulan kejadian ribut
April 28, 2026, 8:09 pm
PN bakal keluarkan kenyataan bersama isu krisis Negeri Sembilan
April 28, 2026, 8:01 pm
James Chai selesai beri keterangan lapan jam di SPRM
April 28, 2026, 7:56 pm
Steven Sim sambut baik kemudahan SRF RM5 bilion sokong PMKS
April 28, 2026, 7:49 pm
