Berita Berita
30 rumah musnah dalam kebakaran di Karamunting
SANDAKAN 29 April - Sekurang-kurangnya 30 rumah musnah dalam kebakaran besar yang melanda Jalan Bokara, Kampung Karamunting di sini, awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.34 pagi sebelum menghantar 21 anggota ke lokasi kejadian.
Menurutnya, kebakaran melibatkan kawasan seluas kira-kira 1.4 hektar dan operasi pemadaman dilakukan menggunakan sumber air daripada tangki jentera serta pili bomba.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kita berjaya menyelamatkan 100 rumah lain daripada terbakar.
“Anggota mengambil masa hampir satu jam memadam api untuk mengelak ia merebak lebih besar sebelum operasi ditamatkan pada jam 7 pagi tadi,” katanya.
Beliau berkata, operasi turut dibantu beberapa agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia.
Berita berkaitan
April 29, 2026, 9:59 am
Budak 10 tahun dikhuatiri lemas, hanyut dalam longkang ketika hujan lebat di Puncak Alam
April 29, 2026, 9:47 am
Bekas Pemimpin Bersatu Johor tertembak diri sendiri kini kritikal
April 29, 2026, 8:35 am
'Aminuddin takut dengan bayang-bayang sendiri, baik bubar sahaja DUN Negeri Sembilan' – Puad
April 28, 2026, 8:25 pm
Pemandu van sekolah memandu lawan arus ditahan
April 28, 2026, 8:17 pm
582 pelajar MRSM Pendang dibenar PdPR susulan kejadian ribut
April 28, 2026, 8:09 pm
PN bakal keluarkan kenyataan bersama isu krisis Negeri Sembilan
April 28, 2026, 8:01 pm
James Chai selesai beri keterangan lapan jam di SPRM
April 28, 2026, 7:56 pm
Steven Sim sambut baik kemudahan SRF RM5 bilion sokong PMKS
April 28, 2026, 7:49 pm
