Berita Berita
'Kami macam kena buli, tidak adil' - Pengusaha roro desak kerajaan beri subsidi bersasar atau operasi bakal terjejas
lOleh AZIM SAID
KLANG, 29 April — Industri pengurusan sisa memberi amaran berdepan risiko gangguan operasi serius susulan lonjakan kos diesel.
Pengusaha kini mendesak kerajaan melaksanakan subsidi bersasar bagi memastikan perkhidmatan asas itu tidak terjejas.
Wakil pengusaha Roro Malaysia , Dato Seri Mok Ah Wei, menegaskan industri kini berada dalam keadaan tertekan apabila kos operasi meningkat mendadak, khususnya melibatkan penggunaan diesel bagi lori 'roll-on roll-off' (RoRo).
“Kami memohon pelaksanaan subsidi diesel bersasar khusus untuk industri pengurusan sisa.
"Ini bukan sekadar isu kos, tetapi soal kesinambungan perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.
Beliau menyatakan bahawa sebelum ini, kos diesel bersubsidi sekitar RM2.15 seliter membantu menampung operasi.
Namun kini, harga mencecah sehingga RM7 hingga RM8 seliter menyebabkan kos meningkat hampir empat kali ganda.
“Kos diesel telah meningkat hampir tiga ke empat kali ganda, tetapi pendapatan kami masih sama.
"Kami tak boleh naikkan harga sesuka hati kerana terikat dengan kontrak lama,” katanya.
Menurut beliau, perkhidmatan Roro memainkan peranan penting dalam sistem pengurusan sisa negara, termasuk pengangkutan sisa pukal dan pembinaan.
Namun, tanpa sokongan kerajaan, sektor ini berisiko terjejas secara langsung.
Lebih memburukkan keadaan, ramai dalam kalangan mereka mendakwa tidak lagi layak menerima subsidi diesel selepas kategori lori ditukar daripada “lori rigid sampah” kepada “lori rigid roro”, sekali gus menyebabkan permohonan subsidi ditolak.
“Kami memang guna lori untuk kutip sampah, tapi bila kategori ditukar, terus tak layak.
"Macam kena buli, sangat tidak adil,” luahnya.
Menurutnya, jika kos terus meningkat tanpa bantuan, tidak mustahil operasi akan terganggu.
"Bila pengurusan sisa terjejas, kesannya akan dirasai terus oleh masyarakat,” tambahnya.
Beliau turut berharap agar suara pengusaha kecil dan sederhana dalam sektor itu diberi perhatian sewajarnya, memandangkan mereka antara yang paling terkesan dengan kenaikan kos bahan api.
“Kami bukan minta banyak, cukup 3,000 liter sebulan dengan harga subsidi pun dah sangat membantu,” jelas beliau.
Susulan itu, kumpulan ini merancang untuk menghantar memorandum kepada Perdana Menteri di Putrajaya bulan Mei hadapan bagi menuntut perhatian dan tindakan segera daripada kerajaan.
Jika isu ini berterusan tanpa penyelesaian, bukan sahaja pengusaha terjejas, malah kebersihan dan kesejahteraan awam turut berisiko tergugat.
Berita berkaitan
April 29, 2026, 8:20 pm
MOF cadang potong RM5.4 bilion belanja kesihatan, pendidikan tinggi perkukuh fiskal
April 29, 2026, 4:34 pm
Stok darah O dan A makin kurang, rakyat diminta menderma – PDN
April 29, 2026, 3:04 pm
Pemuda Pas desak semakan menyeluruh projek tebatan banjir di Selangor
April 29, 2026, 2:44 pm
Lelaki disyaki pukul isteri hingga keguguran direman tujuh hari
April 29, 2026, 2:19 pm
Lek Khang ada lesen senjata, tertembak diri sendiri ketika kosongkan pistol - Polis
April 29, 2026, 1:31 pm
Aliff Syukri kalah saman fitnah, diperintah bayar RM250,000 kepada Abdul Kadir
April 29, 2026, 9:59 am
